/Mina disahkan tidak dapat bersama dengan TWICE untuk konsert ‘TWICELIGHTS’ di Kuala Lumpur nanti!

Mina disahkan tidak dapat bersama dengan TWICE untuk konsert ‘TWICELIGHTS’ di Kuala Lumpur nanti!

Berikutan sakit yang kian melarat, Mina disahkan tidak dapat bersama dengan TWICE untuk konsert ‘TWICELIGHTS’ di Kuala Lumpur nanti. Mina atau nama sebenarnya, Mina Myoui sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan pada buku lalinya mendesak pihak JYP untuk merehatkannya sementara daripada melakukan sebarang aktiviti.

Pihak JYP memaklumkan pengunduran ahli TWICE berketurunan Jepun itu menerusi kenyataan media yang diserahkan pada pihak penganjur konsert di Kuala Lumpur sebentar tadi. Jurucakap itu berkata, “Mina sedang menghadapi kesukaran untuk memulihkan kegusarannya beraksi di atas pentas disebabkan penyakit yang dialaminya selama ini. Kami cuba mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan untuk menentukan punca sebenar di sebaliknya. Maka, setelah berbincang dengan Mina dan ahli-ahli TWICE yang lain, kami umumkan Mina tidak dapat bersama-sama beraksi dengan TWICE di dalam konsert di Kuala Lumpur nanti.”

Sumber: IMEs

TAGS:

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.