/Merungkai rahsia di sebalik kemulusan kulit Joy Red Velvet

Merungkai rahsia di sebalik kemulusan kulit Joy Red Velvet

Putih melepak kulit mulus bak telur dikupas. Kata-kata yang paling jitu untuk mengungkapkan kecantikan Joy atau nama sebenarnya, Park Soo Young dari kumpulan Red Velvet ini. Di samping putih melepak, kulit wajah Joy juga mulus, bersih dan glowing. Kecantikan kulit beliau sering di tonjolkan lagi apabila beliau memakai gincu bibir berwarna merah. Betul-betul menawan.

Dalam sesi temu ramah bersama majalah Allure, Joy telah berkongsi rahsia kecantikan beliau. Tidak lain tidak bukan adalah rutin kecantikan yang di amalkan beliau. Malah rakan-rakan perjuangan beliau turut menjelaskan Joy merupakan ahli di antara mereka yang paling banyak membawa peralatan perapian wajah dan juga memiliki langkah-langkah kecantikan yang paling banyak di antara mereka semua.

Menurut artis kelahiran Pulau Jeju ini, beliau mempunyai rutin kecantikan yang berbeza untuk pagi dan malam. Rutin pagi beliau dimulakan dengan membersihkan wajah terlebih dahulu. Kemudiannya, beliau akan menggunakan dua jenis toner yang berbeza. Dua jenis toner, ataupun di dalam bahasa melayunya di sebut sebagai penyegar wajah. Penyegar wajah pertama digunakan dengan menyapu di wajah menggunakan kapas seperti biasa. Penyegar wajah kedua pun sejenis penyegar wajah dalam bentuk buih. Jenama kedua-dua penyegar wajah ini tidak pula diberitahu Joy. Jangan risau wahai pembaca, penulis akan berusaha untuk mencari produk-produk kegunaan Joy nanti.

Rutin pagi Joy di teruskan dengan meletakkan ampul yang mengandungi bahan pelembap wajah selepas itu, krim pelembap yang tidak melekit dan di akhiri dengan krim pelindung wajah. Tamat di situ bagi rutin pagi ataupun siang beliau.

Untuk rutin penjagaan wajah di malam hari pula, Joy mengulang perkara sama cuma menambahkan beberapa lagi elemen penting. Elemen ini adalah menggabungkan Sleeping Mask, Treatment Spot dan masker pelembap ke dalam rutin penjagaan kulit beliau di waktu malam.

Joy atau nama sebenarnya Park Soo Young menjelaskan beliau lebih suka menggunakan produk-produk yang datang dari jenama yang sama berbanding mencuba jenama-jenama yang baru. Bagi pendapat beliau, menggunakan produk-produk dari rangkaian yang sama akan lebih berhasil. Sebelum ini Joy juga pernah berkongsi bahawa beliau amat menyukai rangkaian SoonJung dari Etude House. Oleh itu, peminat-peminat Joy bolehlah mencuba produk ini pada masa akan datang. Jangan lupa berkongsi dengan Kmania ya bagi sesiapa yang pernah mencuba produk ini.

Sumber: Allure 

Komentar

comments

loading...