/Kerana Kang Ji Hwan, drama “Joseon Survival” akan dibatalkan terus tayangannya serta-merta?

Kerana Kang Ji Hwan, drama “Joseon Survival” akan dibatalkan terus tayangannya serta-merta?

Setelah Kang Ji Hwan ditangkap polis semalam kerana merogol mangsa, pihak produksi TV Chosun “Joseon Survival” berkenan untuk tidak menayangkan episod terkini drama itu pada minggu ini. Tindakan itu diambil setelah mempertimbangkan Kang Ji Hwan masih merupakan pelakon utama drama bersiri tersebut.

Menurut portal ytn, mereka dilaporkan berkata, “Tayangan drama ‘Joseon Survival’ yang dirancang pada 13 dan 14 haribulan minggu ini terpaksa dibatalkan. Tiada siaran semula. Kami akan adakan perbincangan semula dengan pihak produser. Keputusan akhir akan dicapai daripada pihak produser sendiri.”

Biarpun begitu, ia belum disahkan secara rasmi bahawa drama TV Chosun “Joseon Survival” akan dibatalkan terus tayangannya serta-merta memandangkan pihak produksi terpaksa memikirkan nasib krew-krew serta para pelakon lain yang bertungkus-lumus menyiapkan drama tersebut dengan hanya enam episod saja tidak disiarkan lagi dan bakinya masih menjalani penggambaran. Oleh yang demikian, tindakan terdesak yang mungkin dilakukan oleh produksi adalah samada menggantikan pelakon utamanya dengan pelakon lain seperti dilakukan ke atas Ko Hyun Jung menerusi drama SBS Return sebelum ini ataupun mematikan watak utama terus seperti dilakukan ke atas Kim Nam Gil menerusi drama KBS Bad Guy dahulu. Mereka hanya perlu melakukan semula penggambaran walaupun terpaksa dihimpitkan dengan beban kos yang berpanjangan.

Sumber: ytn

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.