/Netizen berang dapati ‘Law of The Jungle’ tetap berdegil siarkan episod ‘kerang gergasi’ walaupun tahu akibatnya

Netizen berang dapati ‘Law of The Jungle’ tetap berdegil siarkan episod ‘kerang gergasi’ walaupun tahu akibatnya

Simpati terhadap hukuman penjara yang bakal dikenakan pada aktress Lee Yeol Eum pada mulanya bertukar jadi marah apabila laporan menunjukkan pihak produksi ‘Law of The Jungle’ telah dimaklumkan tentang akibat merosakkan spesis terancam di Thailand sebelum episod itu disiarkan di tv Korea.

Malah, lebih memalukan lagi, pihak produksi telah berjanji tak akan menyiarkan penangkapan sebarang spesies terancam di dalam program mereka menerusi surat rasmi yang diserahkan pada pihak berkuasa Thailand pada 17 Mac. Jaminan itu termasuklah tidak akan merakamkan sebarang aktiviti tangkapan di Thailand dan pencerahan mendalam tentang aktiviti-aktiviti krew sepanjang berada di Taman Negara Hat Chao Mai tersebut.

Namun, ketamakan pihak produksi untuk mengaut keuntungan hasil daripada ‘ratings’ tertinggi dikecapinya saban minggu mungkin telah mengubah perancangan mereka secara tiba-tiba. Pihak produksi tetap berdegil menyiarkan episod ‘penangkapan kerang gergasi yang diketuai oleh aktress Lee Yeol Eum itu’ pada 30 Jun 2019 yang lalu menyebabkan keratan video episod itu menjadi tular dan mendapat reaksi keras daripada pihak berkuasa Thailand.

Aktress Lee Yeol Eum bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 5 tahun jika kesalahannya itu dibawa untuk pendakwaan di bawah mahkamah Thailand.

Sehubungan dengan pendedahan surat rasmi berkenaan, netizen tidak lagi mampu mempertahankan tindakan mereka. Sebaliknya, mereka mendesak program itu dihapuskan terus daripada cenel SBS kerana dianggap memalukan negara dan ada antaranya pula menulis petisyen di laman web Blue House pada pagi tadi meminta kesemua krew ‘Law of The Jungle’ dipertanggungjawab di atas kejadian memalukan itu, dan bukannya diletakkan kesalahan itu pada aktress Lee Yeol Eum seorang saja.

Sumber : sport mk , news kmib , hankyung

Komentar

comments

loading...