/Tangkap kerang gergasi, Lee Yeol Eum ‘Law Of The Jungle’ tak boleh lari dari hukuman penjara 5 tahun

Tangkap kerang gergasi, Lee Yeol Eum ‘Law Of The Jungle’ tak boleh lari dari hukuman penjara 5 tahun

Seorang aktress Korea bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga lima tahun kerana menangkap spesies terancam di Thailand, menurut jurucakap rasmi Taman Negara Hat Chao Mai selepas membuat aduan polis mengenainya kelmarin.

Lee Yeol Eum telah dikesan menyelam berdekatan dengan Pulau Koh Muk di taman negara itu dan menemui kerang gergasi itu lalu menangkapnya dan menjadikannya sebagai santapan untuk dikongsikan bersama krew-krew lain. Video tersebut yang dirakam pada April lalu telah ditayangkan pada episod ‘Law of The Jungle’ pada 30 Jun 2019. Keratan videonya pula menjadi tular di laman sosial sehingga mengundang amarah aktivis alam sekitar dan juga pihak kerajaan Thailand setelah mendapati kerang gergasi tersebut ialah spesies terancam yang dilindungi di bawah undang-undang Thailand.

Jurucakap rasmi taman negara itu, Narong Kongaid mengesahkan mereka tetap akan mendakwa pelakon tersebut kerana telah melanggar undang-undang perlindungan spesies terancam walaupun mereka telah dimaklumkan dengan permohonan maaf daripada pihak produksi rancangan itu secara rasmi. Polis juga akan cuba untuk mendapatkan Lee Yeol Eum untuk menghadapi perbicaraan mahkamah di Thailand sekiranya Lee Yeol Eum tetap dilindungi di negara asalnya, Korea.

Lee Yeol Eum dikenali dengan drama seperti ‘Monster’ dan filem ‘The King’.

Sumber: korea herald

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.