/Choi Seung Hyun (TOP) Big Bang tamat menjalani ‘military service’ sehari lebih awal

Choi Seung Hyun (TOP) Big Bang tamat menjalani ‘military service’ sehari lebih awal

TOP atau dikenali sebagai Choi Seung Hyun, akan menamatkan latihan khidmat negaranya lebih awal sehari hari ini, pada jam 7 petang nanti. Dilihat ramai peminat baik dari negara China, mahupun Korea sendiri berkumpul di depan pejabat daerah Yongsan bagi menyambut pengeluaran TOP.

Gambar dikreditkan pada News1

TOP telah selesai menjalani khidmat sebagai pekerja sosial di pejabat daerah Yongsan setelah diberikan pengurangan 27 hari yang sepatutnya berakhir pada Ogos ini, mengikut ketetapan disediakan buat mereka yang berkhidmat sebagai pekerja sosial. Pada mulanya TOP dikerahkan sebagai polis tapi diberhentikan berikutan kes menghisap ganja bersama Han Seo Hee.

TOP dilihat masuk ke dalam pejabat daerah Yongsan bagi menamatkan baki jam tertinggal sebelum dilepaskan pada petang ini.

TOP merupakan ahli kumpulan Big Bang pertama menamatkan khidmat negara, manakala Daesung, Taeyang, dan G-Dragon masih lagi cuba melengkapkan baki tempoh berkhidmat mereka di sana. Bekas ahli Big Bang, Seungri pula berhadapan dengan kes mahkamah berhubung skandal Burning Sun dan sedang menunggu perlepasan daripada jabatan ketenteraan untuk menyertai khidmat negara secara rasmi.

Sumber: mydaily , todaykorea

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.