/Dilanda ribut penceraian Song Joong Ki & Song Hye Kyo, tapak penggambaran ‘Descendants of The Sun’ tetap beroperasi seperti biasa

Dilanda ribut penceraian Song Joong Ki & Song Hye Kyo, tapak penggambaran ‘Descendants of The Sun’ tetap beroperasi seperti biasa

Peminat drama KBS Descendants of The Sun pasti berasa lega apabila tapak penggambaran drama berkenaan di Bandar Taebaek tidak akan dirobohkan hanya disebabkan penceraian pelakon utamanya, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo.

Menerusi laporan yang dibuat oleh “Section TV”, produser drama itu telah memberi jaminan kepada pengarah Perlancongan dan Kebudayaan Taebaek bahawa mereka menghasilkan taman tema “Descendants of The Sun” itu semata-mata untuk drama itu sendiri, bukannya berkisarkan tentang kisah pasangan selebriti tersebut.

“Tiada perancangan untuk menghapuskan tugu pasangan itu di dalam taman teman tersebut hanya kerana Song Hye Kyo dan Song Joong Ki telah bercerai,” katanya sambil menegaskan mereka tetap akan meneruskan operasi taman tema itu seperti biasa.

Taman tema  “Descendants of The Sun” dilaporkan telah menerima kunjungan sebanyak 100,000 orang setiap tahun. Sebaik saja berita penceraian itu dilaporkan, ramai peminat berpusu-pusu melawat taman tema berkenaan kerana mereka khuatir tidak dapat menyaksikan lagi taman tema itu lagi sekiranya dirobohkan di kemudian hari.

Akan tetapi, keadaan sebaliknya berlaku di rumah di Daejeon di mana Song Joong Ki pernah tinggal bersama bapanya dahulu. “Section TV” melaporkan bahawa bapa Song Joong Ki telah membuang sebarang kesan peninggalan Song Hye Kyo daripada rumahnya. Sebelum ini, bapa Song Joong Ki tetap teguh mempertahankan perkahwinan mereka, akhirnya berasa begitu kecewa sekali apabila hanya dimaklumkan tentang berita penceraian anaknya, Song Joong Ki menerusi liputan media sewaktu sedang meneguk arak bersama kawan-kawannya.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

loading...