/Penyatuan IOI kembali bakal menjadi kenyataan

Penyatuan IOI kembali bakal menjadi kenyataan

Berita baik untuk semua “national producer” ! Kumpulan dari musim pertama “Produce 101 ” IOI bakal bergabung semula ! Sumber terdekat dengan IOI menyatakan mereka masih lagi berbincang mengenai jadualnya dan akan mengumumkan berita itu secara rasmi apabila semuanya telah lengkap. Ini adalah berbeza dengan reaksi pertama sewaktu bertebaran khabar angin tentang penggabungan mereka semula mula sehingga menyebabkan mereka menafikannya.

Walaubagaimanapun, agensi dari Somi dan Yeonjung(WJSN) telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa agak sukar untuk mereka menyertai aktiviti IOI kerana komitmen yang sedia ada. Namun mereka tidaklah terus menolak bahawa mereka tidak akan muncul langsung bersama IOI.  Kesembilan-sembilan ahli yang lain juga mempunyai jadual tersendiri yang terbabit dengan drama, rancangan “variety” dan  muzik dari ahli kumpulan masing- masing.

9 ahli yang dikatakan bersetuju untuk kembali bersatu ialah ( Kim Sejong dan Kang Mina – Gugudan, Yoojung dan Doyeon -Weki Meki,  Chaeyeon -DIA,  Kim Sohye, Chungha, Kyulkyung dan Nayoung) .Dimaklumkan kesemua pengurusan syarikat mereka akan berjumpa minggu ini untuk mengesahkan gabungan semula ini. Ini adalah peluang emas untuk Kyulkyung dan Nayoung apabila kumpulan mereka selepas IOI- Pristin telah pun dibubarkan.

IOI adalah kumpulan yang  terdiri dah ahli yang diundi dari rancangan realiti Mnet “Produce 101” pada tahun 2016. Namun mereka cuma mengikat kontrak kurang dari setahun dan dibubarkan pada Januari 2017. IOI juga telah berjaya memenangi Artis Baru terbaik di anugerah MAMA 2016 serta Golden Disc Award 2017. Lagu-lagu hits mereka termasuklah “Dream Girls”, Whattaman (IOI Unit) dan “Very Very Very.  Jeon Somi telah pun mendapat undian tertinggi untuk  menjadi “center” bagi IOI.

Satu trivia menarik berkenaan dengan IOI – undian untuk rancangan Produce 101 pada musim pertama dibuka untuk semua orang bukan sahaja di Korea.  Maka mungkin salah seorang “national producer” IOI adalah dari Malaysia!. Mnet telah pun mengubah peraturan untuk musim ke 2 dengan hanya membuka undian untuk penonton di Korea sahaja.  Adakah anda teruja dengan pertemuan semula IOI ?

Very Very Very

 

Komentar

comments

loading...