/Penantian penuh mendebarkan, di antara SF9 & Day6, mana satu bakal menggegarkan Malaysia nanti?

Penantian penuh mendebarkan, di antara SF9 & Day6, mana satu bakal menggegarkan Malaysia nanti?

Setelah lama menunggu, SF9 dan Day6 telah mengumumkan lokasi ‘tour’ mereka semalam. Adakah Malaysia termasuk sekali?

Ya, bagi peminat Fantasy Malaysia, silalah mula menabung kerana nama Malaysia ada diumumkan dalam sessi Vlive mereka. Mereka dikhabarkan akan ke Malaysia untuk siri konsert jelajah 2019 SF9 LIVE FANTASY #2 : UNIXERSE di Menara PGRM pada 8 September ini. Antara lagu-lagu yang bakal didendangkan termasuklah Enough dan juga RPM daripada album mini ke-7 mereka, “RPM”.

Untuk peminat Myday Malaysia pula, maaf diucapkan. Cuba lagi tahun depan. Sekali lagi hanya negara-negara jiran yang disenaraikan oleh Day6 untuk konsert jelajah mereka seterusnya. Day6 akan mengeluarkan album terbarunya, The Book of Us :Gravity pada 15 Julai 2019 ini berpadanan dengan konsert jelajah tersebut.

Apapun agak-agak  kenapa kumpulan kumpulan kpop ni suka gabungkan perkataan dengan nombor. 2PM,B1A4,Day6,SF9, Got7?

TAGS:

Komentar

comments

loading...