/Dua lagi drama dalam genggaman pengarah Shin Won Ho untuk projek terbarunya tahun ini

Dua lagi drama dalam genggaman pengarah Shin Won Ho untuk projek terbarunya tahun ini

Pemenang Best Director 7th CARI Kdrama Awards, Shin Won Ho yang terkenal dengan arahan siri Reply 1994, 1997, dan 1988 dan Prison Playbook sebelum ini tampaknya bukan saja mengusahakan satu drama saja, malah dua drama sekaligus yang akan ditayangkan berselang-seli selepas drama pertama arahannya tamat disiarkan.

Drama kedua ini yang belum diberikan tajuknya sedang dalam proses ujibakat untuk mendapatkan pelakon-pelakon bagi membintanginya. Menurut portal OSEN, ia berkisarkan tentang kehidupan pemain badminton dan bagaimana mereka menjadikan pemain badminton ternama negara sebagai inspirasi untuk berjaya. Seperti juga Malaysia, Korea Selatan menghasilkan ramai pemenang emas olimpik untuk kategori beregu badminton, misalnya pasangan Park Jo Bong-Kim Moon Soo, Ha Tae Kwon-Kim Dong Moon, Hwang Ji Man-Lee Jae Jin serta Jung Jae Sung-Lee Yong Dae. Manakala, Lee Yong Dae pula sangat dikenali kerana paras rupa yang dimilikinya.

Lee Yong Dae, pemain badminton Korea ternama yang sering bertanding dalam kategori beregu campuran. Mungkinkah drama arahan Shin Won Ho juga berkisarkan tentang dirinya? Siapakah agaknya pelakon yang sesuai?

“Ada satu lagi drama sedang dirancang dan akan ditayangkan selepas Doctor Playbook.  Kami sedang adakan uji bakat ,” kata sumber tersebut.

Sebelum ini, pengarah Shin Won Ho mengumumkan Doctor Playbook sebagai projek terbarunya dengan menampilkan Jo Jung Suk sebagai pelakon utamanya. “Doctor Playbook” atau nama lainnya, “Wise Doctor Life” akan menggunakan hospital sebagai latar belakang cerita di mana doktor dan jururawat bertungkus-lumus menyelamatkan pesakit. Kedua-dua drama ini dijangka akan diterbitkan oleh cenel tvN dan akan menghiasi kaca tv pada penghujung tahun ini.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.