/Kembalinya Kim Soo Hyun ke persada seni esok, disambut teriak sedih melihat Do Kyung Soo (D.O) ke ‘military’ pula

Kembalinya Kim Soo Hyun ke persada seni esok, disambut teriak sedih melihat Do Kyung Soo (D.O) ke ‘military’ pula

Begitulah resam dunia hiburan korea. Tatkala ada selebriti yang dipanggil untuk menyertai latihan khidmat negara, maka ada juga selebriti yang akan keluar selepas selesai tempoh berkhidmat.

Rindu peminat kepada pelakon berwajah sepet serta unik ini, Kim Soo Hyun bakal terubat dengan kembalinya beliau ke persada seni secara rasmi mulai esok. Tempoh perkhidmatan wajib Kim Soo Hyun berakhir pada 1 Julai 2019 setelah 21 bulan berlalu sejak beliau pertama kali menyertainya pada bulan Oktober 2017. Sepanjang Kim Soo Hyun  menjalani latihan berkenaan, beliau yang bermula dengan gred keempat diberikan gred pertama kemudiannya kerana aktif mengerahkan dirinya untuk berkhidmat sepenuhnya. Di atas usahanya yang amat gigih, Kim Soo Hyun telah berjaya menempatkan dirinya di dalam batalion pertama. Bagi meraikan pembebasan beliau dari program khidmat negara, jabatan ketenteraan akan membuat majlis kecil-kecilan hanya di dalam kalangan anggota tentera saja pada esok pagi.

Kim Soo Hyun sebagai Do Min Joon di dalam drama bersiri popular, My Loves From The Star.

Bercerita tentang perkembangan seninya, Kim Soo Hyun belum mempertimbangkan apa-apa projek baru samada filem mahupun drama. Pelakon yang pernah tercalon dua kali Best Actor CARI Kdrama Awards ini pernah meruntunkan hati peminatnya di dalam drama KBS Moon Embraces The Sun sebagai raja Joseon yang tersepit dengan pergolakan politik di istana. Malah, lakonannya sebagai ‘alien’ yang mencintai seorang pelakon yang berperangai sengal dan tinggal di bumi melalui drama SBS My Loves From The Star, juga masih terngiang-ngiang lagi di kepala penonton drama korea.

Do Kyung Soo (D.O.) EXO telah dinobatkan ‘Kmania Top Star’ bulan Oct 2018 dengan mengenepikan pencabar terdekat Bobby Ikon.

Namun, kedatangan Kim Soo Hyun disambut pula dengan pemergian Do Kyung Soo yang memilih untuk menyertai program khidmat negara secara sukarela. Setelah mendiamkan diri selama lebih kurang enam bulan, Do Kyung Soo mengambil keputusan mengejutkan itu untuk merehatkan aktiviti seninya buat seketika. Dengan kemasukan Do Kyung Soo ke dalam ketenteraan, beliau merupakan ahli EXO ke-2 selepas Xiumin yang baru saja menyertainya pada bulan lepas.

Mungkin ini pertemuan terakhir D.O., Suho, Baekhyun, Chen, Chanyeol dan Kai di meja makan sebelum D.O berangkat esok.

Selain bergelar penyanyi, Do Kyung Soo bukan saja dikenali di Korea saja, bahkan di Malaysia juga sebagai pelakon yang disegani apabila beliau dinobatkan sebagai pemenang Popular Actor 7th CARI Kdrama Awards menerusi undian netizen Malaysia dengan menumpaskan nama-nama hebat lain seperti Park Seo Joon, Jung Hae In, Lee Byung Hun dan Seo Kang Joon. Sebelum itu, beliau juga pernah memegang takhta Kmania Top Star untuk edisi bulan October 2018 menerusi undian peminatnya di Malaysia. Serentak dengan kemasukan beliau ke dalam ‘military service’ esok, SM Entertainment akan melancarkan single solo keduanya tak lama selepas itu. Jadi, buat peminat Exol Malaysia, bersiap sedia dengan single terbaru daripadanya!

Selamat pulang buat Kim Soo Hyun, dan selamat tinggal juga buat Do Kyung Soo.

Sumber: SBS Fun E

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.