/Song Joong Ki sudah tawar hati sejak sekian lama sehinggakan tuntutan cerai dibuat tanpa pengetahuan Song Hye Kyo

Song Joong Ki sudah tawar hati sejak sekian lama sehinggakan tuntutan cerai dibuat tanpa pengetahuan Song Hye Kyo

Song Joong Ki dilaporkan tidak memaklumkan kepada Song Hye Kyo tentang perancangannya untuk menghebahkan penceraian tersebut dan aktress itu hanya mengetahui berita tersebut menerusi media keesokan paginya.

Menurut “Channel A”, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo pernah mengadakan perbincangan tentang proses penceraian mereka tanpa melibatkan pihak lain. Walaubagaimanapun, Song Joong Ki telah mengambil pendirian untuk menamatkan segera dengan membuat tuntutan di mahkamah pada 27 Jun yang lalu.  Song Hye Kyo hanya dimaklumkan berita itu sehari selepas beliau pulang dari Thailand.. Pasangan itu juga telah lama tak duduk sebumbung sejak Mei 2019 lalu. Channel A juga melaporkan peguam Song Joong Ki cuba berunding dengan pihak Song Hye Kyo untuk membubarkan perkahwinan mereka tanpa sebarang tuntutan alimoni dan mengharapkan proses berikut dapat diselesaikan sepenuhnya menjelang Ogos ini.

Sebelum ini, media Taiwan melaporkan hubungan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telah dikesan retak semenjak Februari lalu lagi apabila Song Joong Ki dilihat tak menyarungkan cincin perkahwinan mereka. Khabar angin itu berdasarkan daripada dapatan seorang pemilik blogger yang sering mengikut perkembangan pasangan SongSong itu sebelum dia mendapati Song Hye Kyo tiba-tiba memadamkan kesemua hantaran dibuatnya di media sosial berselang-seli pada 6, 7, dan 8 Februari 2019. Blogger itu mendakwa Song Joong Ki telah kantoi curang dengan jurumekap Song Hye Kyo menyebabkan Song Hye Kyo berasa kecewa lalu memadamkan kesemua hantaran dibuat olehnya di media sosial. Blogger itu juga pernah menyaksikan Song Joong Ki sering mengikuti kemaskini dibuat oleh jurumekap itu di media sosial. Selepas kejadian tersebut, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dilihat tak memakai cincin perkahwinan mereka beberapa kali di khalayak ramai. Namun, khabar angin tersebut dinafikan Knet (netizen Korea) dan agensi mereka pada masa itu. Media tanah besar China juga turut menyebut perselisihan faham antara Song Joong Ki dan Song Hye Kyo tentang hasrat Song Hye Kyo untuk menetap di China menjadi sebab utama penceraian mereka selain orang ketiga (khabar angin mengatakan pelakon Kim Ji Won) menjadi dalang di sebaliknya. Manaka, Park Bo Gum pula tidak pasal-pasal diheretkan di dalam kancah penceraian mereka sebelum dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak Park Bo Gum menerusi agensi Blossom Entertainment.

Kenangan bersama di dalam drama KBS Descendants of The Sun

Kelmarin, portal insider Korea dalam mengulas penceraian Song Joong Ki dan Song Hye Kyo turut melaporkan bahawa Song Hye Kyo tak mengenakan cincin perkahwinan adalah kerana beliau telah mengalami penyusutan berat badan akibat tekanan yang dialaminya sehinggakan cincinnya mudah terlucut keluar daripada jarinya. Apapun sebabnya, berdasarkan spekulasi media, khabar angin dan tindakan daripada pihak Song Joong Ki yang memulakan tuntutan cerai tersebut, pengamal media mengandaikan Song Joong Ki telah tawar hati kepada Song Hye Kyo sejak sekian lama sehingga beliau tak mahu lagi menjalani apa-apa proses konsultasi dan kaunseling dengan isterinya itu.

Song Joong Ki dilaporkan telah mengidamkan Song Hye Kyo sejak lebih enam tahun yang lalu sejak berjumpa kali pertama di set penggambaran drama SBS That Winter, The Wind Blows setelah menggunakan Jo In Sung sebagai orang tengah untuk berhubung. Sejak diberi peluang membintangi drama bersama-sama di dalam KBS Descendants of The Sun, mereka dilihat semakin rapat dan memutuskan untuk berkahwin lebih kurang setahun kemudian pada October tahun 2017. Rumah yang disebut-sebut sebagai kamar kelamin pasangan itu sebenarnya kosong dan tak berpenghuni kerana Song Joong Ki tinggal di rumah yang dimiliki oleh Song Hye Kyo.

Sumber: IS Plus, weibo, weibo 2, my daily

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.