/Dihimpit rasa bersalah, Monsta X ‘tapau’ habis [We Are Here] di Kuala Lumpur hingga peminat tak mahu berganjak!

Dihimpit rasa bersalah, Monsta X ‘tapau’ habis [We Are Here] di Kuala Lumpur hingga peminat tak mahu berganjak!

Kumpulan idol MONSTA X, anak didik di bawah label Starship Entertainment beraksi di Stadium Malawati Shah Alam pada 22 Jun 2019 yang lalu.

Terdahulu kumpulan popular ini pernah datang bertemu peminat dalam konsert K-Wave 3 pada Ogos 2018 dan tidak sampai setahun berlalu dibawah pengajur yang sama iaitu MacPiePro, MONSTA X diterbangkan ke Malaysia sekali lagi, beraksi di stadium yang sama untuk konsert bersekala besar dan bertemu khas dengan peminat mereka MONBEBE.

MONSTA X dianggotai oleh 7 anak muda iaitu Shownu, Kihyun, Hyungwoo, Wonho, Jooheon, Minhyuk dan I.M. Pada mulanya segalanya berjalan dengan lancar. Namun, beberapa jam sebelum konsert berlangsung, peminat dikejutkan dengan pengumuman rasmi dari agensi mereka; Starship Entertainment yang memberitahu bahawa salah seorang ahli tidak dapat beraksi pada konsert tersebut. Ketika MONSTA X selamat mendarat di KLIA, Wonho berhadapan masalah kehilangan passport hingga memaksa beliau untuk terbang semula ke Seoul untuk mendapatkan passport sementara. Tidak terhenti di situ, Wonho juga mengambil penerbangan untuk kembali ke Malaysia. Namun apakan daya, ketika Wonho tiba di Malaysia, konsert ‘WE ARE HERE’ telah pun berakhir. Namun semangat Wonho untuk tidak mengecewakan peminat sangat kuat dan peminat yang terpilih untuk sesi HIGH FIVE bersama MONSTA X bertuah dapat bertemu dengan Wonho.

 

Berbalik kepada konsert WE ARE HERE, tanpa kehadiran Wonho, ia seakan memberikan impak yang besar kepada enam ahli MONSTA X yang lain. Masakan setiap kali sesi beramah mesra diantara MONSTA X dan MONBEBE, mereka tidak putus-putus meluahkan permohonan maaf disebabkan ketiadaan Wonho. Apa yang mengharukan apabila Kihyun berkata peminat telah berbelanja wang ringgit dan masa demi untuk menyaksikan persembahan mereka bertujuh. Kesemua mereka berkali-kali berjanji akan bertemu dengan MONBEBE Malaysia ditahun hadapan dengan kehadiran penuh ahli MONSTA X seramai tujuh orang.

 

Suasana senyap dan sepi dalam stadium bertukar dengan kegembiraan serta sorakan peminat seramai 5,000 orang saat konsert bermula tepat pada pukul 6 petang. Jeritan para peminat bergema tatkala MONSTA X  membuka tirai konsert dengan pilihan lagu irama rancak “Shoot Out” dan disusuli dengan lagu hit seperti “Hero” serta “Trespass”.

Interaksi MONSTA X bersama peminat selalunya adalah momen yangq ditungu-tunggu. Usaha mereka berkomunikasi dengan peminat dalam bahasa Inggeris perlu diberikan pujian dan ini membuktikan mereka cuba sehabis baik untuk mendekati peminat tersayang.

Beberapa segmen yang menarik adalah ketika sudut ‘members duet’ seperti lagu “Myself” dengan gabungan Hyungwon, Kihyun dan Minhyuk. Ketika Jooheon memperlihatkan kebolehan bermain drum yang menurut beliau setiap pukulan drum itu adalah sama rentaknya ketika beliau menyanyikan lagu rap “3HYTHM” bersama dengan I.M.

Apa yang membuat peminat rasa terkilan adalah apabila tidak dapat menyaksikan persembahan lagu lagu “Mirror” di antara Showno dan Wonho. Sebelum menghampiri penghujung konsert, Hyunwon yg mengunakan nama pentas Deejay H.One mengegarkan stadium dengan lagu ‘clubbing mixed’ walaupun pada mulanya menghadapi beberapa masalah teknikal dengan kotak musik beliau.

Shownu yang merupakan ketua kumpulan MONSTA X memberitahu peminat bahawa beliau bakal menyambut hari lahirnya tidak lama lagi dan beliau berterima kasih kerana dapat menyambutnya dengan lebih awal bersama bersama dengan MONBEBE Malaysia . Hmmm….pasti semua peminat akan mengingatinya sampai bila-bila. SELAMAT HARI LAHIR Shownu. Semoga sentiasa happy, sihat dan sukses selalu bersama MONSTA X.

Sepanjang dua jam setengah konsert berlangsung, MONSTA X yang sepatutnya menyampaikan 23 buah lagu hanya mampu menyampaikan 22 buah lagu sahaja dek ketiadaan Wonho. Setiap kali sesi interaksi, setiap kali itu juga mereka tidak putus-putus memohon kemaafaan disebabkan ketiadaan Wonho dan mereka juga berkali-kali berjanji akan datang lagi sebagai dengan anggota kumpulan yang lengkap. I.M yang paling fasih berbahasa Inggeris menyatakan bahawa ketiadaan Wonho pada malam tersebut sangat memberi impak pada mereka kerana tanpa Wonho mereka merasakan kehilangan dan kekosongan yang ketara serta berjanji perkara sebegini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan. 

Seperti kebiasaan, apabila sampai saat pengakhiran,  memang kesedihan itu pasti akan dirasai. Jooheon pula acapkali cuba menenangkan peminat supaya jangan menangis kerana sekiranya peminat menangis, beliau juga akan menangis. HuHu….cakap macam ni lagi buat kita nangis kan….huhuhu…

Konsert ‘WE ARE HERE’ diakhiri dengan lagu “By My Side” dan walaupun sampai titik akhir penutup tirai konsert, anggota MONSTA X tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat supaya peminat jangan menangis.

Ribuan terima kasih kepada MacPiePro di atas jemputan media ini walaupun sebelumnya ada berlaku insiden salah paham diantara pihak media online dan penganjur namun segalanya dapat diselesaikan dengan secara baik. Cuma satu sahaja yang kami harapkan agar biarlah kesemua media dikumpulkan bersama-sama supaya memudahkan pihak media bertukar-tukar maklumat semasa konsert tersebut.

SENARAI LAGU 2019 MONSTA X WORLD TOUR ‘WE ARE HERE’ IN KUALA LUMPUR

1. SHOOT OUT
2. HERO (broadcasting ver.)
3. TRESPASS (rock ver.)
4. PARTY TIME
5. PLAY IT COOL
6. MOHAE
7. JEALOUSY
8. MYSELF (Hyungwon x Kihyun x Minhyuk)
9. 3HYTHM (Jooheon x I.M)
10. MIRROR (Shownu x Wonho)
11. HONESTLY
12. I DO LOVE U
13. SWEETHEART
14. NO REASON
15. MYSELF
16. DRAMARAMA
17. OH MY!
18. SPECIAL
19. FALLIN’
20. ALLIGATOR
21. H.ONE (Hyungwon) DJ STAGE
22. RODEO
23. BY MY SIDE + CURTAIN CALL

Sebelum berpisah mari kita layan full English Song from MONSTA X feat French Montana yang baru saja dikeluarkan. Check it out MONBEBE !

Kredit Foto : @macpiepro

TAGS:

Komentar

comments

loading...