/Jejak saja kaki ke Malaysia, Choi Si Won kejutkan peminat dengan bertutur dalam bahasa Melayu

Jejak saja kaki ke Malaysia, Choi Si Won kejutkan peminat dengan bertutur dalam bahasa Melayu

Siapa yang tak kenal Choi Si Won, sejak dilantik sebagai duta Unicef, beliau kerap berulang-alik ke luar negara bagi berkempen untuk kanak-kanak dan remaja dalam mendapatkan hak pendidikan sewajarnya baik daripada ibubapa, msyarakat mahupun daripada kerajaan.

Ini kali kedua beliau ke Malaysia, bukan sebagai duta Unicef, tetapi sebagai duta produk kosmetik Kiehl’s keluaran Amerijka Syarikat. Choi Si Won akan menemui peminatnya di Blue Concourse, Sunway Pyramid mall pada 29 Jun 2019, jam 2 petang sambil memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat itu iaitu “Calendula Serum-Infused Water Cream”.

Sebaik Choi Si Won mendarat ke Malaysia, beliau mengejutkan peminatnya di laman sosial dengan cuba berbasa-basi dalam bahasa Melayu baku. “Saya datang ke Malaysia. Cuacanya bagus ,” sebutnya dalam satu komentar ringkas di laman sosial miliknya sehingga tertular dan diulang kicau lebih 10 ribu pengguna twitter. Lebih menggelikan hati netizen apabila seorang pengguna twitter bertindak membalas kapsyennya itu dengan berkata, “Jangan lama-lama kat malaysia..nanti tak jadi Siwon dah..jadi siringgit nanti..” , merujuk kepada maksud Siwon yang dibandingkan sebagai wang ringgit.

Selain bergerak aktif sebagai duta produk kosmetik dan Unicef, Choi Si Won juga kerap melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti seni sebagai ahli tetap kumpulan kpop popular Super Junior di samping berlakon di dalam beberap buah drama termasuklah KBS Fellow Citizen yang baru saja selesai ditayangkan pada dua bulan lepas.

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.