/Dituduh punca penceraian pasangan SongSong, agensi bertindak tegas terhadap pemfitnah Park Bo Gum

Dituduh punca penceraian pasangan SongSong, agensi bertindak tegas terhadap pemfitnah Park Bo Gum

Agensi Park Bo Gum mengambil maklum tentang desas-desus yang berlegar di dalam ruangan perbincangan antara netizen tentang penglibatan Park Bo Gum dikatakan sebagai punca kepada keretakan hubungan antara Song Joong Ki dan Song Hye Kyo sehingga membawa kepada penceraian antara mereka.

Kata agensi tersebut, “Khabar angin itu bermula disebabkan Song Hye Kyo pernah membintangi drama bersama Park Bo Gum. Ternyata, khabar angin itu mengarut dan tak betul. Kami akan mengambil tindakan undang-undang secara tegas terhadap sebarang fitnah tersebut.” Hubungan antara Park Bo Gum dan Song Joong Ki juga rapat antara satu sama lain dan mereka pernah dilihat sepentas semasa Park Bo Gum mengadakan jelajah solonya di seluruh Asia. Song Joong Ki juga menghantar truk kopi kepada krew penggambaran drama tvN Boyfriend sebagai sokongan kepada kawannya dan isterinya, Song Hye Kyo.

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telah memuktamadkan penceraian mereka hari ini. Perbezaan personaliti antara kedua-duanya yang tak dapat dikekang lagi menjadi punca penceraian tersebut, seperti dimaklumkan oleh agensi Song Hye Kyo sebentar tadi.

Sumber: chosun ilbo  , hankookilbo

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.