/Adakah punca penceraian Song Joong Ki & Song Hye Kyo disebabkan orang ketiga ?

Adakah punca penceraian Song Joong Ki & Song Hye Kyo disebabkan orang ketiga ?

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo masing-masing telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penceraian mereka yang cuba diselesaikan melalui proses di mahkamah. Song Hye Kyo menerusi agensinya memaklumkan perbezaan personaliti antara mereka yang tak dapat dikompromi lagi, menyebabkan mereka bertindak membubarkan ikatan perkahwinan sepenuhnya tanpa berselindung lagi dengan peminat.

Akan tetapi, berita penceraian mereka sememangnya meninggalkan tanda-tanya buat peminat drama korea, ditambah lagi gandingan mereka yang masih lagi hangat dirasai  di dalam drama KBS Descendants of The Sun dan kemesraan kedua-dua pelakon ini yang selama ini berjaya mengaburi peminat mereka. Akhirnya, pasangan terbaik yang dihasilkan penangan cinta lokasi ini tidak juga menjadi. Dua tahun sudah melayari bahtera perkahwinan, Song Joong Ki mengambil pendirian untuk memuktamadkan penceraian mereka pada hari ini.

Dalam menyelongkar punca sebenar di sebalik penceraian mereka, media-media China terutamanya telah menyatakan beberapa keadaan tertentu diperhatikan menjadi sebab hubungan kedua-duanya bertambah lagi keruh. Dipetik berdasarkan spekulasi netizen di ruang media sosial, Song Joong Ki dikatakan telah curang terhadap Song Hye Kyo kerana beliau dilihat semakin intim dengan Kim Ji Won, juga pelakon yang sama bergandingan dengan mereka di dalam KBS Descendants of The Sun. Kim Ji Won juga merupakan pasangan Song Joong Ki di dalam drama epik zaman bermulanya dinasti Gorgoyeo, tvN Arthadal Cronicles. Menurut sebilangan saksi daripada netizen tersebut, Song Joong Ki dan Kim Ji Won dilihat berdua-duaan di dalam kereta berdekatan dengan rumah milik Song Joong Ki. Sebaik mengetahui desas-desus kecurangan tersebut, Song Hye Kyo dikatakan telah memadamkan kandungan media sosialnya secara tiba-tiba. Walaubagaimanapun, khabar angin ini belum dapat disahkan.

Kenangan mereka bersama menjadi lipatan sejarah buat peminat drama Dots.

Selain itu, media China turut melaporkan ketidakpatuhan Song Joong Ki terhadap tuntutan Song Hye Kyo untuk berpindah ke China juga menjadi punca hubungan mereka bagai retak menanti belah.  Pada April tahun 2019 ini juga, Song Hye Kyo telah menandatangi kontrak dengan Wang Jia Wei, menandakan kesungguhannya untuk membintangi filem-filem keluaran China di masa hadapan. Umum diketahui, Song Hye Kyo sebelum ini telah beberapa kali dilihat melibatkan diri di dalam produksi perfileman di China, antaranya the Grandmaster dan siri The Crossing. Song Joong Ki dikatakan tak bersetuju dengan keputusan diambil oleh Song Hye Kyo tersebut lalu membawa kepada penceraian mereka.

Apapun sebabnya, perkara yang berlaku di dunia sebenar bukanlah khalayan peminat semata-mata. Apa kita perhatikan ‘mesra’ di hadapan peminat mungkin sudah ‘keruh’ di dalamnya. Begitulah yang terjadi pada pasangan Song-Song ini.

Sumber: weibo , sina

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.