/[Gempar] Bekas ahli Super Junior ini disyaki telah berkahwin senyap-senyap tanpa diketahui orang ramai

[Gempar] Bekas ahli Super Junior ini disyaki telah berkahwin senyap-senyap tanpa diketahui orang ramai

Han Geng, bekas ahli kumpulan Kpop popular, Super Junior disyaki telah berkahwin senyap-senyap dengan kekasihnya, Celina Jade tanpa diketahui orang ramai.

Menurut laporan media di tanah besar China, desas-desus tentang perkahwinan mereka itu mula diketahui apabila dokumen pendaftarannya tertular di media sosial weibo setelah dihebahkan oleh portal media Hong Kong. Kata sumber itu, “Ini bukti. Celina Jade dan Han Geng telah pergi ke Heilongjiang bersama-sama, dan mereka telah berjumpa dengan keluarga masing-masing.”

Han Geng merupakan artis Kpop pertama yang berasal China setelah menceburkan diri buat pertama kali di Korea sebagai ahli kumpulan Super Junior. Namun, jangka hayatnya bersama Super Junior tak lama apabila beliau mengambil pendirian untuk keluar daripada kumpulan itu pada tahun 2009. Sejak daripada itu, Han Geng bergiat aktif sebagai penyanyi mandopop dan berlakon di dalam beberapa buah filem. Celina Jade pula ialah seorang pelakon yang berasal dari Hong Kong dan dikenali dengan lakonan sebagai Dr. Rachel Smith filem “Wolf Warrior 2” sehingga meraih kutipan box office tertinggi dalam sejarah filem tanah besar China itu.

Jurucakap agensi tak menafikan desas-desus tersebut sebaliknya hanya akan mengesahkannya dengan kedua-dua mempelai tersebut nanti. “Terima kasih atas perhatian diberikan. Jika ada berita gembira untuk dikongsikan, mereka akan lakukan sendiri untuk peminat buat pertama kali,” sebut jurucakap tersebut.

Han Geng dan Celina Jade telah dilaporkan menjalin hubungan cinta sejak Februari 2018 lagi dan pengesahan perkahwinan mereka ini semestinya bakal meredakan hati peminat  yang tak sabar-sabar melihat mereka bersanding.

Sumber: whb china

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.