/Wanita dilantik menerajui YG Entertainment, buat pertama kali dalam sejarah kepimpinan agensi terbesar Kpop

Wanita dilantik menerajui YG Entertainment, buat pertama kali dalam sejarah kepimpinan agensi terbesar Kpop

Lama sudah berteka-teki siapakah bakal menerajui YG Entertainment selepas pemergian adik-beradik Yang Hyun Suk dan Yang Min Suk, hari ini YG Entertainment mengumumkan CEO terbarunya ialah Hwang Bo Kyung.

YG Entertainment telah mengadakan mesyuarat tergempar dalam kalangan ahli lembaga pengarahnya dan memutuskan Hwang Bo Kyung akan menjadi CEO terbaru syarikat itu berkuatkuasa hari ini. Hwang Bo Kyung menyertai YG Entertainment sejak tahun 2001 lagi dan telah menjawat CFO sewaktu di bawah pimpinan Yang Hyun Suk.

Berdasarkan jantinanya dimaklumkan menerusi media seperti Soompi dan lain-lain, tindakan syarikat itu agak berani dalam meletakkan wanita menerajui agensi terbesar Kpop buat pertama kali dalam sejarah kepimpinan agensi terbesar Kpop (SM Entertainment, JYP Entertainment, Big Hit Entertainment & YG Entertainment ) membuktikannya suatu anjakan paradigma dalam mengubah struktur kepimpinan ke arah lebih baik di masa depan.

Gambar dikreditkan pada twitter.

“Saya rasa bertanggungjawab dan terpanggil untuk mengubah sesuatu di kala YG dalam kesusahan ketika ini. Saya akan perbetulkan perkara asas terlebih dahulu untuk membolehkan YG terus maju ke depan,” katanya secara ringkas selepas dilantik sebentar tadi.

Sejak YG ditubuhkan sekitar 1990-an, ianya dikemudikan oleh Yang Hyun Suk, bekas ahli kumpulan lagenda kpop, Seo Taiji and Boys sebelum jawatan itu berpindah pada adiknya, Yang Min Suk. Menerusi YG, beberapa selebriti Kpop berjaya dihasilkan iaitu Big Bang, Blackpink, Winner, iKON, Akdong Musician, 2NE1, Psy dan sebagainya.

Sumber: Soompi , news1

Komentar

comments

loading...