/[Gempar] 4 pelakon dikhabarkan mahu cabut lari dari YG Entertainment seboleh-bolehnya sekarang juga!

[Gempar] 4 pelakon dikhabarkan mahu cabut lari dari YG Entertainment seboleh-bolehnya sekarang juga!

Berikutan skandal Burning Sun dan penyalahgunaan dadah oleh Han Bin yang menyelubungi YG, YG mengalami kejatuhan sangat teruk akibat daripadanya. Rentetan daripada itu, Yang Hyun Suk dan adiknya didesak meletakkan kesemua jawatan disandang mereka berkuatkuasa sejak minggu lepas.

Menurut beberapa laporan media, empat pelakon daripada 42 yang bernaung di bawah agensi tersebut sedang dalam proses untuk cabut lari. Antara pelakon terkenal di bawah jagaan YG termasuklah Choi Ji Woo, Cha Seung Won, Kang Dong Won, Kim Hee Ae, Nam Ji Hyuk, Jang Ki Yong, Lee Sung Kyung, Yoo In Na dan Kim Ji Soo.

Satu sumber terdekat dilaporkan berkata, “Hati-hati dengan persepsi masyarakat yang masih menyangka YG jatuh kerana kontroversi dadah. Seseorang pelakon memerlukan imej pengurusan yang baik. Maka, perlu bagi mereka untuk berpindah ke agensi lain.” Empat pelakon tersebut telah pun berkomunikasi dengan beberapa agensi lain dengan menyediakan peguam terbaik bagi membolehkan mereka membatalkan kontrak bersama YG serta-merta.

Sumber: WIKITree

Komentar

comments

loading...