/9 anak remaja dari Stray Kids ini kembali menggegarkan industri dengan single terbaru, ‘Side Effects’

9 anak remaja dari Stray Kids ini kembali menggegarkan industri dengan single terbaru, ‘Side Effects’

Stray Kids hari ini membuat kemunculan semula dengan single terbaru berjudul ‘Side Effect’ yang dilancarkan bersama album EP ‘Clé 2 Yellow Wood’.

Paparan video klip ‘Side Effect’ menunjukkan Stray Kids mengharungi perjalanan yang jauh dari siang ke malam dan membawa mereka ke suatu dimensi yang tak dapat dikenalpasti.  ‘Side Effects’ ialah lagu gubahan berentak ‘trance psikedelis’ tentang bagaimana kesan ke atas seseorang yang memilih jalan yang betul di dalam hidupnya.

Selain ‘Side Effects’, album mini ini turut memuatkan dua lagi lagu berjudul ‘The Road Not Taken’ dan ‘Thought dan mendapat khidmat komposer 3RACHA (Bang Chan, Chan Bin dan Han) sebagai produsernya.

Teruja dengan penangan terbaru daripada Stray Kids? Dapatkan album EP ‘Clé 2 Yellow Wood’ mereka mulai di pasaran sekarang.

Sumber:  OSEN

Komentar

comments

loading...