/SF9 kembali mengancam lagi dengan single terbaru, “RPM” tentang futuristik

SF9 kembali mengancam lagi dengan single terbaru, “RPM” tentang futuristik

SF9 kembali lagi menggegarkan industri kpop dengan single ke-2, “RPM”  untuk tahun 2019 ini diambil daripada album mini ke-2 mereka, “RPM”.

“RPM” yang bertemakan futuristik. adalah berentakkan pop elektronik dengan saduran elemen pop rock. Muzik video mereka memaparkan kesemua ahli SF9 berlakon sebagai polis dan perompak di masa hadapan, di mana separuh daripada mereka cuba untuk mencuri kristal berwarna merah jambu sebelum dikejar oleh separuh yang lain. Penonton berasa berdebar-debar diselangi irama “RPM” yang mengiringi mereka.

“RPM” merupakan album mini ketujuh SF9 , menyusul selepas album Narcissus yang menampilkan single “Enough” pada Februari lalu. Dianggotai oleh Roo Won dan Chani yang juga merupakan pelakon yang agak aktif, SF9 akan ke New York pada Julai ini sempena KCON 2019 New York.

Sumber: Billboard

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.