/Gara-gara peminat tergila-gila dengan kelima-lima peserta Produce X 101 ini, agensi Starship keluarkan amaran keras

Gara-gara peminat tergila-gila dengan kelima-lima peserta Produce X 101 ini, agensi Starship keluarkan amaran keras

Starship Entertainment yang mengendalikan kelima-lima peserta rancangan realiti tv Produce X 101 ini bertindak mengeluarkan amaran keras terhadap cubaan peminat-peminat tertentu yang mengganggu privasi mereka.

“Kami menghadapi masalah gangguan terhadap keselamatan dan privasi ke atas artis di bawah jagaan kami sehingga ada yang mengekori mereka ke agensi, hotel, salun rambut, dan juga sekolah di luar daripada jadual rasmi mereka. Saya pohon anda supaya berhenti daripada mengekori mereka,” kata jurucakap agensi itu seperti dimaklumkan di dalam twitter rasmi mereka.

Dari kiri: Gujung Mo, Song Hyung Jun, Kang Min Hee, Han Won Jin, dan Moon Hyun Bin.

Kelima-lima peserta tersebut merujuk kepada Gujung Mo, Song Hyung Jun, Kang Min Hee, Han Won Jin, dan Moon Hyun Bin.  Mereka akan bersaing dengan beberapa calon kegemaran fakulti dan penonton seperti Kim Yo Han, Kim Woo Seok, Kim Min Kyu dan Lee Eun Sang untuk merebut  tempat di antara 11 ahli kumpulan kpop terbaru yang akan diumumkan pada akhir rancangan.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.