/Diasak berulang-ulang kali, akhirnya Taeyeon SNSD mengaku sedang menderita akibat kemurungan

Diasak berulang-ulang kali, akhirnya Taeyeon SNSD mengaku sedang menderita akibat kemurungan

Taeyeon, vokalis utama kumpulan Girl Generation atau dikenali sebagai SNSD, membuat pengakuan di hadapan peminatnya semalam bahawa beliau sedang mengalami kemurungan dan sedang mengubatinya dengan ‘antidepressants’.

Pengakuan itu dibuat selepas beliau cuba menjawab satu-persatu soalan oleh peminat dan juga sekumpulan netizen di dalam ‘instagram stories’ selepas masing-masing cuba untuk mengambil tahu tentang perkembangannya sejak beliau mendiamkan diri seawal Jun lalu. Pada mulanya, netizen tak berpuas hati apabila jawapan diberikan Taeyeon tentang status ‘hiatus’ terkininya adalah kerana beliau tak berapa sihat. Kemudian, barulah Taeyeon berterus-terang tentang kemurungan dialaminya menyebabkan beliau terpaksa berdiam diri daripada membuat sebarang kenyataan di media sosial.

“..Saya sedang menderita akibat kemurungan. Saya sedang berkerja kuat untuk mengubatinya dengan ‘antidepressants’. Walaupun ia hanya kemurungan atau sakit bipolar semata-mata, saya pinta jangan bersikap biadab. Mereka ialah pesakit yang sedang menderita,” luah Taeyeon apabila diasak-asak dengan soalan-soalan panas daripada netizen.

“Saya memutuskan untuk bercakap dengan kalian kerana saya perlu untuk tonjolkan diri semula. Saya rasa seperti dihargai. Saya meminta maaf kerana membuatkan kalian bimbang, tapi saya tetap rasa ia cara untuk kita berkenal-kenalan antara satu sama lain. Saya akan jaga diri saya dan juga demi peminat yang selayaknya mengecapi kebahagian di dunia ini ,” tambahnya lagi.

Taeyeon baru saja menjalani konsert jelajah solonya di serantau Jepun setelah mengeluarkan album EP, “Voice” untuk pasaran Jepun tak lama dulu. Single “Four Seasons” nya pula mencatat jualan digital tertinggi untuk bulan Mac lalu sehingga meraih kedudukan no.1 di carta Kpop hot 100 dan Gaon Music Charts.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

loading...