/Jungkook BTS merampas takhta Kmania Top Stars milik Lisa Blackpink untuk bulan Mei 2019

Jungkook BTS merampas takhta Kmania Top Stars milik Lisa Blackpink untuk bulan Mei 2019

Jeon Jungkook atau dikenali sebagai Jungkook daripada kumpulan BTS telah berjaya merampas takhta Kmania Top Stars milik Lisa Blackpink untuk bulan Mei 2019 yang dipegangnya selama dua bulan berturut-turut. Kesemua ahli kumpulan BTS dilihat mendominasi carta Kmania Top 10 Stars kali ini.

Jungkook yang melonjak naik dari tangga 10 sebelum ini, bukan saja-saja dijadikan vokalis utama kumpulan tersebut semata-mata, tapi juga kerana kepandaiannya dalam mencantikkan teknik nyanyiannya di dalam persembahan dibuat secara langsung. Selain bergiat aktif dalam bidang seni, Jungkook juga mempunyai hobi bersukan seperti meninju, melakukan akrobatik dan berenang sehingga menarik hati peminat Armys yang tak kunjung-kunjung mengendap personaliti tersebut pada tiap-tiap hari. Hasil kepelbagaian seni yang dimilikinya ini menjadikan satu-satunya bintang Korea yang bergelar “Golden Maknae” di antara generasinya. Jungkook juga telah mengeluarkan ‘remix’ lagu solonya, Euphoria pada 11 Jun 2019 lalu sempena meraikan ulangtahun keenam kemunculan mereka (BTS Festa 2019) di dalam industri seni.

Baca lagi : Netizen terkejut Jungkook BTS tetap membuat aksi terjunan sebelum berenang walaupun tertulis larangan ; Jungkook BTS hampir bercucuran air mata menghayati ‘Without Me’ yang penuh beremosi dari Halsey

Di tempat ke-2 dan ketiga masing-masing telah diisi oleh Taehyung BTS dan Suga BTS. Taehyung menaiki satu anak tangga dari kedudukan no. 3 sebelum ini manakala Suga (Min Yoongi) pula baru debut untuk pertama kali. Taehyung bukan saja dikenali dengan pakej visualnya yang mengagumkan, tetapi juga jenis suara baritone-nya yang mendalam dan menyeksikan. Beliau juga dijangka akan mengeluarkan single solo ciptaannya tersendiri tak lama lagi. Manakala, Suga pula dikenali di atas bakat penulisan lagunya, setara dengan Kim Nam Joon BTS, selain kemahiran ‘rapping’ yang hebat di antara mereka.

Baca lagi : Taehyung BTS rakam lagu ciptaan sendiri untuk solo terbaru?

Dari kiri atas : Taehyung, J-Hope dan Jungkook Dari kiri bawah : Namjoon, Seokjin, Suga dan Jimin.

Seperti juga top 3 yang dikuasai sepenuhnya oleh kumpulan BTS, empat lagi tangga seterusnya turut didominasi oleh ahli-ahli BTS yang lain. Di tempat ke-4 diduduki oleh Kim Seok Jin yang memasuki carta semula setelah terkeluar sebelum ini. Memiliki paras rupa yang agak mengancam berbanding rakan-rakan sekumpulannya ditambah lagi dengan keyakinan dirinya sebagai pemegang gelaran ‘World-wide Handsome’, Jin tak pernah luntur sama sekali dalam menghiburkan para peminatnya bukan saja kerana kemahirannya di atas pentas, tapi juga kerana telatah dan gelak tawanya. Dalam meraikan ulang tahun BTS Festa 2019, Kim Seok Jin mengeluarkan single solonya bertajuk ‘Tonight’ pada 5 Jun 2019. Kedudukan Jin kemudiannya disusuli oleh Park Ji Min di tangga ke-5. Pengaruh Jimin bukan calang-calang hebat terutamanya dalam menggayakan tarian yang betul-betul memukau perhatian penonton selain memiliki lekuk wajah yang sangat feminin menepati citarasa penggemar ‘Flowers Boys’.

Baca lagi : Peminat “Armys” tersedar betapa rajinnya Kim Seok Jin BTS semasa dia menuntut ilmu di kolej dahulu

Kim Nam Joon dan Jung Ho Seok (J-Hope) masing-masing mengisi posisi seterusnya untuk no.6 dan no. 7 . Kedua-duanya dihargai kerana bakat mereka dalam penulisan lagu tetapi bakat kepimpinan serta kefasihan berpidato oleh Kim Nam Joon menjadikannya terulung dan sangat dihormati, baik daripada ahli-ahli kumpulan BTS sendiri, mahupun peminat daripada kalangan Armys.

Baca lagi : [Info] 10 hobi terkini setiap ahli BTS yang anda perlu tahu 

Setelah kesemua ahli BTS mendominasi tangga teratas, Lisa Blackpink yang pernah menjawat takhta Kmania Top Stars untuk dua bulan berturut-turut sebelum ini telah terperosok di posisi no.8. Lisa atau nama sebenarnya ‘Lalisa Manoban’ ialah selebriti kelahiran Thailand yang menempa nama di Korea Selatan dan antara selebriti yang paling berpengaruh dilaman instagram dengan bilangan pengikut yang ramai. Bahang konsert Blackpink 2019 Asia Tour [In Your Area] di Stadium Melawati yang masih hangat lagi terasa tetap memacu kelangsungan populariti mereka selain mencatat sebagai pemegang rekod kumpulan artis kpop pertama mengadakan konsert dua hari berturut-turut di Malaysia. Sudah semestinya, single  ‘Kill This Love’  yang berkumandang sejak dilancarkan awal April hari itu dan mencatat rekod tontotan tertinggi di Youtube sebelum dipecahkan oleh BTS seminggu kemudiannya,  menambahkan lagi keceriaan tersebut.

Baca lagi : Biarpun dikritik hebat, sejarah BLACKPINK terlakar di Stadium Melawati

Akhir sekali, dua kedudukan terbawah telah berjaya dimiliki oleh Kim Jae Wook dan Park Min Young masing-masing untuk no.9 dan no.10. Kedua-dua bintang ini bukanlah penyanyi atau idol, tetapi mereka ialah pelakon yang dikenali kerana membintangi drama tvN Her Private Life. Park Min Young yang tergedik-gedik kerana lakonannya tetap mendapat kepercayaan peminatnya di Malaysia untuk meletakkannya sebaris dengan Top Stars yang lain walaupun menurun dari tangga ke-7 sebelum ini manakala Kim Jae Wook dengan lakonan ‘cool’ sebagai ‘Ryan Gold’ pula buat pertama kalinya tersenarai.

Baca lagi :  [Analisis] Ryan Gold ‘Her Private Life’ buktikan lelaki boleh buat apa saja bagi memuaskan hati wanita dicintainya

NO.

Top 10 Stars

Name

1 Jungkook (BTS)
2 Taehyung (BTS)
3 Suga (BTS)
4 Jin (BTS)
5 Jimin (BTS)
6 Namjoon (BTS)
7 J-Hope (BTS)
8
Lisa (Blackpink)
9 Kim Jae Wook
10 Park Min Young

Segala keputusan di atas adalah berdasarkan undian secara atas talian menerusi website kami kmania.info. Untuk mengetahui carta Top 10 ‘Kmania Top Stars’ sila klik pautan seperti di bawah:

  • https://kmania.info/2017/12/01/ha-ji-won-merangkul-kmania-top-star-untuk-bulan-november-2017/
  • https://kmania.info/2017/10/30/lee-jong-suk-dinobatkan-kmania-top-star-untuk-bulan-october-2017/
  • https://kmania.info/2018/08/20/park-seo-joon-ialah-kmania-top-star-untuk-bulan-ogos-2018/
  • https://kmania.info/2018/10/01/v-taehyung-bts-rampas-takhta-kmania-top-star-milik-park-seo-joon-untuk-bulan-sept-2018/
  • https://kmania.info/2018/11/01/do-kyung-soo-exo-rampas-takhta-kmania-top-star-milik-taehyung-bts-untuk-bulan-oct-2018/
  • https://kmania.info/2018/12/01/song-ji-hyo-rampas-takhta-kmania-top-star-milik-do-kyung-soo-exo-untuk-bulan-nov-2018/
  • https://kmania.info/2019/01/02/lee-jong-suk-rampas-takhta-kmania-top-star-milik-song-ji-hyo-untuk-bulan-dec-2018/
  • https://kmania.info/2019/03/12/lee-jong-suk-cipta-rekod-pegang-takhta-kmania-top-star-untuk-dua-kali-berturut-turut/
  • Lisa Blackpink merampas takhta Kmania Top Stars milik Lee Jong Suk untuk bulan Mac 2019
  • https://kmania.info/2019/05/03/lisa-blackpink-kekal-unggul-pemegang-takhta-kmania-top-stars-untuk-dua-bulan-berturut-turut/

Komentar

comments

loading...