/[Gempar] Seunghoon WINNER didakwa pernah saksikan Hanbin (B.I) kantoi gagal ujian saringan dadah

[Gempar] Seunghoon WINNER didakwa pernah saksikan Hanbin (B.I) kantoi gagal ujian saringan dadah

Hari ini, portal Dispatch mengeluarkan lagi pendedahan terbaru terhadap Seunghoon (Lee Seung Hun) daripada kumpulan WINNER yang didakwa pernah saksikan Hanbin (B.I) kantoi gagal ujian saringan dadah.

Dispatch meletakkan bukti mesej ‘Kakaotalk’ antara Seunghoon dan Han Seo Hee menunjukkan perkaitanan antara ketiga-tiganya. Semalam, Han Seo Hee didedahkan sebagai pembekal dadah yang berhubung dengan B.I untuk urusan jual beli dadah. Berikut merupakan keratan mesej tersebut:

SeungHoon : Mana kau?

Han Seo Hee : Kat rumah

SeungHoon : Kau ada jumpa dengan Hanbin ke baru-baru ni?

Han Seo Hee : Kim Han Bin ?  Dalam sebulan yang lalu ke?

Han Seo Hee: Baru lagi tak? Ya, aku memang jumpa dia sebulan lalu.

Mesej bersambung lagi:

Seunghoon : Hey kau

Seunghoon : Apa kau buat?

Han Seo Hee : Aku tengah makan sambil tengok tv

Han Seo Hee : Kenapa tiba-tiba mesej diam-diam ni?

Seunghoon : Aku nak bagitahu rahsia yang betul-betul penting ni

Seunghoon : Fokus.

Seunghoon : Dan, ‘respond’ pada aku balik

Han Seo Hee : Ya, ya.

Han Seo Hee :  Aku akan buat.

Seunghoon : Tunggu, biar aku telefon kau sekarang kejap.

Han Seo Hee :  Mari.

Seunghoon : 010xxxxxxxx

Seunghoon : Telefon aku balik.

 

Dalam perbualan telefon bersama Han Seo Hee yang berlaku pada 1 Jun 2016 itu dengan rekod perbualan itu diperolehi oleh Dispatch, Seunghoon memaklumkan bahawa dia pernah menyaksikan B.I pernah kantoi ujian saringan dadah oleh YG Entertainment pada masa itu. Seunghoon juga sedar B.I juga telah memberitahu keputusan ujian tersebut kepada pekerja YG dengan mengatakan dia sendiri menggunakan dadah yang dibeli daripada Han Seo Hee. Seunghoon juga meminta Han Seo Hee menemuinya di bangunan YG berdekatan dengan Hapjeong.

Sebaik saja Han Seo Hee tiba ke destinasi seperti yang dipinta oleh Seunghoon, Han Seo Hee disambut oleh pekerja YG yang memperkenal dirinya sebagai seseorang yang mewakili Seunghoon, “K”. K mengugut Han Seo Hee supaya jangan menceritakan tentang insiden melibatkan B.I kepada orang lain.

Setelah rekod perbualan itu diperolehi, Dispatch menghubungi Yang Hyung Suk, CEO YG Entertainment mengenai pertemuan antara B.I dan Han Seo Hee tersebut.

“Ya betul saya telah merampas telefon Han Seo Hee. Saya bimbang dia rakam perbualan kami. Tetapi, saya berhati-hati dengan apa yang saya cakap. Saya cakap padanya kita ada buat ujian saringan dadah dua kali sebulan, tetapi Han Bin tak pernah gagal ujian tersebut. Saya bagitahu Han Seo Hee bahawa dia boleh mengelak daripada didakwa jika B.I diuji negatif oleh ujian saringan itu. Tapi, dia takut dan akhirnya mengubahkan keterangan tersebut ,” kata Yang Hyung Suk.

Video oleh Dispatch: https://www.vlive.tv/video/134374

Sejak pendedahan oleh Dispatch, ramai netizen menaikkan tanda pagar #StaysWithUSHanBin sebagai bangkangan terhadap peristiwa menyedihkan berlaku pada B.I kemarin. Hari ini, segelintir netizen pula mempersoalkan kenapa Seunghoon tidak berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memastikan B.I tak terjebak di dalam penggunaan dadah bersama Han Seo Hee manakala segelintir yang lain pula berterima kasih kepada Seunghoon kerana menunjukkan sekelumit perasaan bimbang terhadap rakan sama agensinya dan cuba sedaya upaya untuk menghentikan penyalahgunaan dadah tersebut dengan menghubungi Han Seo Hee.

Sumber: Dispatch

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.