/[Terkini] Malu diseret dengan tuduhan membeli dadah, B.I umum keluar dari iKON

[Terkini] Malu diseret dengan tuduhan membeli dadah, B.I umum keluar dari iKON

Susulan daripada pendedahan Dispatch tentang pembelian dadah oleh Kim Han Bin atau B.I pagi tadi, B.I mengambil keputusan untuk meninggalkan iKON menerusi kenyataan panjang lebar di laman sosial instagramnya.

Baca lagi : B.I iKON disyaki membeli ganja & dadah jenis LSD berdasarkan bukti mesej Kakaotalk-nya dengan pembekal

Walaubagaimanapun, tak dapat disahkan samada B.I sudah berbincang dengan pihak YG terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi tersebut. Berikut adalah kenyataan rasmi yang dinyatakan sendiri oleh B.I. :

” Ini Kim Han Bin. Pertama kali, saya mahu memohon maaf kerana telah membikin masalah di atas perbuatan memalukan ini. Ya betul saya mahu bergantung pada ‘sesuatu’ (dadah) sewaktu sedang menghadapi kesukaran dan penderitaaan. Saya tak patut berfikir untuk sesekali mencubanya. Tetapi, saya terlalu takut dan saya tak pun mengambilnya. Apapun, saya berasa malu dan bersalah terhadap peminat yang mungkin terkecewa di atas perbuatan saya ini. Dengan ini, saya mahu bermuhasabah diri dan akan keluar dari iKON. Sekali lagi, saya memohon maaf.”

B.I merupakan ‘rapper’ utama kumpulan iKON yang banyak menulis lagu untuk kumpulannya. Antaranya ialah “Love Senario” dan “Killing Me” yang menjadi siulan buat peminat Ikonic mereka. B.I juga bergandingan dengan Lee Hi untuk single utama penyanyi tersebut iaitu, “No One” yang dilancarkan pada dua minggu lepas telah berjaya memperoleh jualan muatturun digital tertinggi untuk minggu akhir bulan Mei 2019.

Sumber: instagram Han Bin

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.