/Tak boleh lagi bergerak bersama iKON, malah B.I juga diharamkan ‘kemunculan’ di stesen tv buat sementara

Tak boleh lagi bergerak bersama iKON, malah B.I juga diharamkan ‘kemunculan’ di stesen tv buat sementara

Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah pepatah dapat digambarkan terhadap situasi berlaku pada Kim Han Bin (B.I) sekarang.

Serentak dengan hasrat Han Bin untuk meninggalkan iKON menerusi kenyataannya di media sosial, YG pula telah memutuskan untuk menamatkan kontrak B.I bersama iKON serta-merta bermula hari ini dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan sebentar tadi. Ia rentetan daripada kerugian berterusan akibat saham syarikat yang jatuh menjunam disebabkan pendedahan portal Dispatch itu pada pagi tadi.

Tetapi, dugaan dialami Han Bin tak terhenti di situ juga. Malah, pihak produksi tv juga seolah-olah telah sepakat untuk mengharamkan ‘kemunculan’ B.I di stesen tv dengan bertindak untuk memadamkan segala video dan gambar yang akan menampilkan penyanyi ‘rapper’ itu di kaca televisyen. Pendirian itu diambil oleh pihak produksi tv ‘Laws of The Jungle’ milik SBS dan Grand Budaguest milik jtbc, di mana Han Bin merupakan wakil tetap rancangan tersebut. Oleh itu, episod terbaru ‘Laws of The Jungle’ yang akan disiarkan pada 15 Jun ini serta Grand Budaguest yang akan ditayangkan tak lama lagi akan diubah serta-merta dan tidak akan menampilkan Han Bin sebagai salah seorang selebritinya.

Semoga Han Bin bertabah di atas dugaan dialaminya dan bermusabah diri seperti diluahkannya tadi.

Sumber: donga , chosun ilbo

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.