/B.I iKON disyaki membeli ganja & dadah jenis LSD berdasarkan bukti mesej Kakaotalk-nya dengan pembekal

B.I iKON disyaki membeli ganja & dadah jenis LSD berdasarkan bukti mesej Kakaotalk-nya dengan pembekal

Gambar bersebelahan hanyalah digunakan sebagai ‘presentation’.

Dispatch membuat pendedahan eksklusif tentang artis di bawah jagaan YG Entertainment sekali lagi.

Kim Han Bin atau dikenali sebagai B.I. pula disyaki cuba membeli ganja dan dadah jenis LSD (lysergic acid diethylamide) pada tahun 2016 berdasarkan bukti kerataan mesej Kakaotalk dengan pembekal yang diperolehi oleh portal Dispatch. Lebih memburukkan lagi, polis tak menyiasatnya walaupun tahu mengenai perilaku artis dari kumpulan kpop popular, iKON tersebut.

Mesej Kakaotalk tertera seperti berikut adalah di antara B.I dan pembekal diperkenalkan sebagai A :

B.I. : Aku nak guna [LSD]. Kuat tak?

A : L (LSD) ialah dadah bergred tinggi di Korea

B.I. : Bukan, bukan… Aku maksudkan efeknya.

A : Ya, memang dadah ini jenis kuat juga.

B.I. : Boleh bagi aku sebanyak yang boleh?

A : Yeah.

B.I. : Bagi aku tiga, boleh ? Aku kena simpan sedikit duit. Boleh dapat diskaun tak?

A : Tak, kalau kau dah cuba L, ganja mungkin boleh dibuat main-main. Macam itu juga kau boleh dapat kokaina. Tapi, kau berhadapan dengan masalah nanti.

B.I. : Haha. Tak mungkin. Aku buat kerana aku nak jadi hebat (‘genius’).

A : Kau akan jadi seperti OOO, hahaha

B.I : Aku akan ambil satu ini saja sampai ke akhir hayat. Jujurnya, aku nak guna benda ini tiap-tiap hari, tapi mahal nak mampus.

B.I : Tapi, sejak kau guna L, pernah tak kau terbayang ilusi atau terlihat grafik ?

Mesej Kakaotalk antara mereka bersambung seterusnya :

B.I. : Patutkah aku beli saja semua? Hahaha, beli 10?

A : Kau malas sangat nak beli sekali lagi ke?

B.I : Yeah, hahaha… Betul, dan aku sebenarnya nak simpan [LSD]. Harga boleh capai 1 juta won.

A : Kau pelik sungguh

B.I. XXXX. Aku tengah berkira-kira ini samada nak beli 10 atau beli saja 1 juta won terus.

A : H anya 6 saja boleh dapat untuk nilai 1 juta won. 10 nilainya dalam 150 juta won.

B.I. Mahalnya, tak de diskaun kah untuk beli secara pukal?

A: Sebab tu aku suruh kau beli sedikit saja kerana kali pertama.

B.I. : Haha, hey itu bukan cara aku. Aku akan gunakan semuanya dari mula. Itulah lelaki.

B.I. Cuma, aku nak tau jek samada boleh dapat diskaun beli pukal.

A: Okay, aku akan tanya balik.

Mesej bersambung lagi :

A : Hey, jangan memandai cerita pasal ambil dadah dengan orag lain.

B.I. : Haha, Aku nak tanya kau balik sebab aku dah ambil separuhnya dari kau.

A : Kalau kau buat camtu, habis aku kena pukul dengan Yang [Hyun Suk]. Hati-hati.

B.I. : Boleh tak aku dapatkan dengan segera?

A : Jaga-jaga mulut kau.

B.I. : Untuk [LSD], aku takkan kena tangkap kalau aku jaga mulut, bukan? Sebab kena buat pemeriksaan saraf lagi [untuk mengesani [LSD].

A : Kau tak tau ke diorang boleh tengok kat telefon kau? Diorang boleh tengok semuanya kat mesej Kakaotalk.

B.I. : Yeah, aku tahu. Aku dalam bahaya sekarang. Padamkan semuanya.

A : Lol

B.I. : Aku takut, jadi kau padamlah cepat. Aku kat Macau.

B.I. : Aku akan terbang ke Korea sabtu ini, dan aku beli daripada kau juga nanti.

 

Menurut Dispatch, mesej Kakaotalk ini diperolehi daripada telefon bimbit milik A selepas polis menahan A, salah seorang klien pembekal C berdasarkan testimoni daripadanya. Pada 22 Ogos 2016, A mengaku dia telah menjual LSD kepada B.I. di hadapan asmara iKON di daerah Mapo, Sepul pada 3 Mei, 2016. Walaubagaimanapun, polis tak memanggil B.I. untuk disiasat. Tambahan lagi, polis turut dilaporkan berkata pada 30 Ogos 2016 lalu bahawa mereka tahu B.I. pernah cuba mendapatkan dadah, tetapi B.I. tak menyimpannya.  Hasil siasatan Dispatch mendakwa YG Entertainment telah membayar suapan kepada peguam mereka supaya A dapat mengubah testimoninya bagi membolehkan B.I. tak disiasat polis

Sehubungan dengan itu, YG Entertainment  yang menghubungi Dispatch, menafikan B.I. terbabit dalam kes tangkapan dadah pada tahun 2016 itu.  “YG beli alat uji dadah setiap dua bulan daripada Amerika Syarikat dan berjaya lakukan ujian dadah terhadap mereka. iKON sudah pun jalani ujian air kencing sebelum promosi mereka, termasuklah B.I., tiada satu pun dikesan , ” kata YG seperti dihubungi oleh Dispatch.

Sumber: Dispatch , asiae

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.