/Yoon Shin Yoon pinta khidmat Jung In Sun untuk buktikan identiti pembunuh bersiri di dalam tvN Psycho Pass Diary ?

Yoon Shin Yoon pinta khidmat Jung In Sun untuk buktikan identiti pembunuh bersiri di dalam tvN Psycho Pass Diary ?

Yoon Shin Yoon dan Jung In Sun sedang mempertimbangkan lakonan bersama di dalam drama terbaru tvN Psycho Pass Diary.

Yoon Shin Yoon akan memegang watak pengurus kewangan sebuah syarikat keselamatan bernama Dong Shik dan dikenali sebagai seorang yang tak berkeyakinan tinggi dan seringkali dibuli sehingga menyebabkan beliau dipulaukan rakan-rakan sekerjanya. Manakala, Jung In Sun pula akan membawa watak seorang detektif yang berbakat tetapi selalu diabaikan oleh senior-seniornya. Mereka akan dipertemukan untuk bersama-sama dalam menyelongkar misteri disebaik satu diari biografi dinamakan sebagai “Psycho Pass Diary”.

“Psycho Pass Diary” berkisarkan tentang seorang lelaki yang ditemui oleh Dong Shik seperti dalam keadaan membunuh diri di dalam kereta miliknya. Dia tak mengingati apa-apa tentang kejadian lalu melainkan pengakuan dibuat di dalam diari tersebut yang menceritakan dakwaan dirinya sebagai pembunuh bersiri dan bagaimana dia memperdayakan mangsa-mangsanya untuk memenuhi nafsu membunuhnya. Keadaan memaksa lelaki tersebut mengaku dia ialah penulis diari tersebut dan mengaku dirinya ialah seorang psikopath. Bagaimanapun, Dong Shik sukar untuk mempercayainya dan akhirnya terjebak untuk menyelongkar misteri di sebalik ‘pembunuhan’ bersiri yang didakwa dilakukan oleh penulis diari tersebut.

Setakat ini, watak pembunuh bersiri berikut belum ditawarkan kepada sesapa lagi. Sekiranya Yoon Shin Yoo dan Jung In Sun menyertai drama ini, ia merupakan projek susulan Yoon Shin Yoon yang kini sedang membintangi drama SBS Nokdu Flowers manakala drama pertama Jung In Sun selepas MBC Terius Behind Me.

tvN Psycho Pass Diary ditulis oleh Ryoo Yong Jae (“Netflix I Holo You”,”tvN Liar Game”) dan diarahkan oleh Lee Jong Jae (“tvN 100 Days My Prince”,”tvN Revolutionary Love”) ini bakal memulakan penggambaran pada Ogos untuk disiarkan pada bulan November tahun 2019.

Sumber: IS Plusstoo asiae

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.