/Temui Si manis Oh Yeon Seo di butik baru Kate Spade KLCC 19 Jun ini

Temui Si manis Oh Yeon Seo di butik baru Kate Spade KLCC 19 Jun ini

Pelakon Oh Yeon Seo bakal berkunjung ke Kuala Lumpur 19 Jun ini. Pastinya berita ini disambut gembira dikalangan para peminat aktress tersebut. 

Oh Yeon Seo mula dikenali menerusi drama “My Husband Got A Family” (KBS) , “Here Comes Mr. Oh” (MBC) , “Jang Bo Ri Is Here” (MBC) ,  “Please Come Back My Mister” (SBS) , “My Sassy Girl” (SBS) dan “A Korean Odyssey” (tvN) . Terdahulu Oh Yeon Seo merupakan salah seorang ahli kumpulan penyanyi wanita LUV dan pernah mengeluarkan sebuah album sebelum kumpulan tersebut dibubarkan.

Sempena pembukaan butik baru Kate Spade di KLCC, Oh Yeon Seo didatangkan khas untuk sama-sama menyertai acara tersebut oleh Lofficiel Malaysia. Turut sama menyertai beliau adalah beberapa selebriti tempatan seperti Scha Alyahya, Kumpulan De Fam dan penyanyi Daiyan Trisha.

Scha Al-Yahya
De Fam
Daiyan Trisha

Buat peminat Oh Yeon Seo, jangan lepaskan peluang ini untuk bersua muka dengan pelakon pujaan korang. Korang boleh mark calendar sempena acara ini, ok! Oh Yeon Seo boleh ditemui korang seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 19 June 2019 (Rabu)
Masa : 6.30PM
Tempat : Kate Spade New York Suria KLCC store, Lot G-41, Ground Floor, Suria KLCC
Kuala Lumpur, Malaysia

Jumpa korang di sana!

Komentar

comments

loading...