/Park Hyung Sik dipanggil untuk berkhidmat untuk negara bermula hari ini

Park Hyung Sik dipanggil untuk berkhidmat untuk negara bermula hari ini

Setelah rakan sekumpulannya, Im Si Wan selesai menjalani latihan ketenteraan, kini tiba masanya buat Park Hyung Sik pula dipanggil untuk berbuat demikian.

Park Hyung Sik akan menyertai Kem Ketenteraan Nonsan di Chungnam pada tengah hari ini, 10 Jun 2019. Park Hyung Sik akan menerima latihan asas beberapa minggu sebelum dibenarkan berkhidmat di Jabatan Pertahanan Ketenteraan.

Selain bergiat aktif di dalam industri nyanyian menerusi kumpulan kpop ZE:A, Park Hyung Sik juga telah berlakon beberapa drama membuatkan namanya agak dikenali penonton drama korea, antaranya termasuklah jtbc Strong Woman Do Bong Soon bersama Park Bo Young, SBS Heirs bersama Park Shin Hye, KBS Hwarang bersama Go Ara dan KBS Heirs bersama Jang Dong Gun.

Sumber: sport seoul

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.