/Cukup sekadar minta maaf pada Jang Jae In kerana mencuranginya, Nam Tae Hyun tetap teruskan projek muzikal

Cukup sekadar minta maaf pada Jang Jae In kerana mencuranginya, Nam Tae Hyun tetap teruskan projek muzikal

Nam Taehyun yang dihimpit dengan kontroversi curangnya terhadap kekasihnya, Jang Jae In, hari ini tetap meneruskan persembahan solo muzikal ‘Mephisto’nya pada petang ini.

Menurut TV Report, Nam Tae Hyun akan datang membuat persembahan pada jam 7 petang ini selepas pihak produksi telah memutuskan untuk tetap menyenaraikan Nam Tae Hyun sebagai pelakon bagi projek muzikal tersebut. Namun, mereka tak dapat mempastikan samaada  Nam Tae Hyun akan bergiat semula untuk projek seterusnya.

Poster projek muzikal Nam Tae Hyun.

Rentetan daripada kekecewaan yang diluahkan oleh kekasihnya, Jang Jae In semalam, Nam Tae Hyun membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kedua-duanya termasuklah gadis yang dinamakan sebagai A itu.

“Saya memohon maaf kerana telah mengecewakan peminat telah menyokong saya selama ini. Saya berjanji akan bertanggungjawab terhadap kesulitan ini.”

Sumber : tv report

Komentar

comments

loading...