/Sedari Nam Tae Hyun telah kantoi curanginya, Jang Jae In luahkan rasa kecewa di laman sosialnya

Sedari Nam Tae Hyun telah kantoi curanginya, Jang Jae In luahkan rasa kecewa di laman sosialnya

Baru-baru ini, Jang Jae In didatangi oleh pengakuan daripada seorang gadis bahawa Nam Tae Hyun telah menduakan mereka walaupun umum diketahui bahawa  Nam Tae Hyun dan Jang Jae In memang sedang bercinta sejak memaklumkannya secara rasmi pada 47 hari yang lalu.

Gadis yang dinamakan sebagai “A” itu telah menyertakan bukti mesej KakaoTalk antaranya dengan Nam Tae Hyun bila mana A menuduh Nam Tae Hyun berbohong kepadanya selepas mengaku telah putus dengan teman wanita sebelum itu. Sebaik saja masih keluar bersama dengan Jang Jae In, A meminta penjelasan daripada Nam Tae Hyun samada mereka masih berpacaran, namun Nam Tae Hyun berkata hubungan itu mungkin hanya sekadar kawan biasa.

A kemudiannya menghubungi Jang Jae In menerusi Instagram selebriti itu lalu meminta maaf kepada Jang Jae In kerana mengaku telah meniduri Nam Tae Hyun malam sebelum mereka berdua bersama, dan memberi jaminan kepada Jang Jae In bahawa dia takkan memulakan hubungan ini jika tahu Nam Tae Hyun dan Jang Jae In masih lagi berpacaran. A juga berkata Nam Tae Hyun pernah memberitahunya bahawa agensi tak mahu mengeluarkan kenyataan kedua-dua mereka telah putus, tapi rupanya ia hanyalah sekadar dusta semata-mata.

Serentak dengan pendedahan tersebut, Jang Jae In meluahkan rasa kekecewaanya dengan berdas-das komentar ditujukan buat Nam Tae Hyun.  Antaranya, dia pernah diminta oleh penyanyi band South Club itu untuk mendedahkan hubungan secara rasmi di hadapan khalayak ramai walaupun mereka hanya baru berkenalan antara satu sama lain. Jang Jae In mendakwa tujuan sebenar Nam Tae Hyun memdedahkan hubungan mereka secara terbuka adalah untuk memudahkan lelaki itu menduakannya. Jang Jae In juga menyeru Nam Tae Hyun dan peminat supaya berhenti mengganggunya lagi.

Tetapi selepas beberapa jam, Jang Jae In telah memadamkan komentar itu dan instagramnya diletakkan dalam bentuk ‘privasi’.Kemudian, Jang Jae In memuatnaik status berbunyi, “Kesemua gosip mengenai kamu ternyata benar. Aku tahu bukan dia seorang saja. Terima kasih kerana memberikan peluang pada aku untuk bercakap. Jangan biarkan lelaki kawal kau. Itu saja.”

Sumber: tv report

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.