/Jung Yu Mi & Eric Moon kembali berpasangan semula untuk sekuel MBC Que Sera Sera selepas 12 tahun

Jung Yu Mi & Eric Moon kembali berpasangan semula untuk sekuel MBC Que Sera Sera selepas 12 tahun

Siapa yang masih ingat lagi drama MBC Que Sera Sera yang pernah ditayangkan pada tahun 2007 dahulu? Khabarnya, pihak produksi MBC sedang mendapatkan persetujuan kedua-dua pelakon utamanya untuk membintangi sekuel drama ini. Ia merupakan kesinambungan kepada apa yang berlaku pada watak asal lakonan mereka, Kang Tae Joo (Eric Moon) dan Han Eun Soo (Jung Yu Mi) selepas puluhan tahun.

Drama MBC Que Sera Sera sebelum ini berkisarkan tentang Kang Tae Joo, yakni seorang kaki perempuan yang suka mempermainkan perasaan kaum hawa dan tak mempunyai perasaan belas kasihan terhadap mereka. Pada suatu hari, dia menemui seorang gadis berasal dari kampung, Han Eun Soo yang tertidur di depan rumahnya. Walaupun seringkali menyakitkan hati gadis itu, Kang Tae Joo akhirnya jatuh hati padanya. Pada masa yang sama, Han Tae Joo juga menjalani hubungan dengan seorang chabeol, iaitu Hye Lin (Yoo Ji Hye) secara kontrak.

Dalam sekuel terbaru ini. Han Eun Soo sudah berubah menjadi seorang wanita berkerjaya di syarikat Space Q MD manakala Kang Tae Joo pula telah menjadi pengarah kreatif di dalam syarikat pengiklanan dan masih popular dalam kalangan klien wanita. Jika dahulu Kang Tae Joo ialah seorang yang berperangai keparat, tapi kali ini penonton dapat menyaksikan perubahan ketara watak Kang Tae Joo dan bagaimana beliau melayani kaum hawa lebih baik berbanding dahulu.

Sekiranya Eric Moon dan Jung Yu Mi menerima tawaran lakonan ini, ia merupakan gandingan ketiga mereka selepas KBS Discovery of Love pada tahun 2014. JS Pictures yang bertanggungjawab menerbitkannya telah merancang tayangannya pada pertengahan tahun ini. Pengarah yang sama, Kim Yun Cheol (“jtbc Woman of Dignity”, “MBC My Name is Kim Sam Soon”) dijangka akan bekerjasama semula dengan penulis skrip asal drama ini, Do Hyun Jung (“MBC Children of Nobody”).

Sumber: OSEN , IS Plus

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.