/Cinta berputik di pondok kanopi, Hwang Jung Eum & Yook Sung Jae BTOB ditawarkan membintangi drama jtbc ‘Two-Way Food Stall’ ?

Cinta berputik di pondok kanopi, Hwang Jung Eum & Yook Sung Jae BTOB ditawarkan membintangi drama jtbc ‘Two-Way Food Stall’ ?

Hwang Jung Eum dilaporkan akan membuat kemunculan semula di dalam drama terbaru jtbc ‘Two-Way Food Stall’ yang bakal menyaksikan gandingannya dengan pelakon yang lebih muda daripadanya, iaitu Yook Sung Jae, idol daripada kumpulan kpop popular, BTOB.

‘Two-Way Food Stall’ yang merupakan adaptasi daripada webtoon popular “Ssang Gap Pocha” mengisahkan tentang misteri kewujudan pojangmacha di tengah-tengah malam di tempat yang jarang dikunjungi oleh manusia. Kewujudannya mencetuskan tanda tanya buat pengunjung pondok kanopi itu apabila mereka dikatakan telah ‘dipengaruhi’ sesuatu selepas pulang ke rumah. Pojangmacha  dikenali sebagai jajaran pondok kanopi yang biasanya dilawati peminat ‘food street’ untuk menikmati soju dan hidangan daging celup bakar. Karya lukisan Bae Hye Soo ini telah memenangi anugerah kartun terbaik pada Korea Comic Awards pada tahun 2017.

Ini merupakan drama pertama pemenang Best Actress 2nd CARI Kdrama Awards ini selepas SBS Handsome Guy and Jung Eum pada tahun 2018 dan juga drama pertama Yook Sung Jae selepas tvN Goblin pada tahun 2017. jtbc ‘Two-Way Food Stall’ tidak mendapatkan slot tayangannya lagi samada untuk ditayangkan pada tahun ini atau tahun hadapan selagi belum mengesahkan pelakon-pelakonnya.

Sumber: ytn , IS Plus

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.