/3 umat Islam berketurunan Korea ini sambut Aidilfitri di perantauan dengan jadikan Malaysia sebagai lokasi pilihan

3 umat Islam berketurunan Korea ini sambut Aidilfitri di perantauan dengan jadikan Malaysia sebagai lokasi pilihan

Jika sebelum ini kita asyik disajikan dengan cerita rakyat Malaysia beragama Islam yang belajar di luar negara dan sambut raya di sana, kali ini situasi berbeza pula untuk umat Islam yang berketurunan Korea menyambut Aidilfitri di perantauan dengan menjadikan Malaysia sebagai destinasi mereka.

1. Xolovelyayana

Pemilik instagram ini atau nama sebenarnya, Ayana Jihye Moon telah memeluk Islam sewaktu belajar di sekolah lagi. Beliau pernah memunculkan diri di dalam rancangan realiti tv Malaysia, Meletop yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil. Berdasarkan temuduganya bersama  Mizz Nina, Ayana akui tak mudah untuk keluarganya menerima keadaan dirinya dan pernah belajar sehingga ke Malaysia untuk mengenali jati diri sebagai seorang Muslimah.

Sekarang, Ayana bukan saja reti berbahasa Melayu tetapi juga sudah menyelami budaya masyarakat tempatan Nusantara. Beliau sekarang sedang menyambut hari raya bersama keluarga angkat di Terengganu.

2. ahmad_maryam_kr

Pemilik instagram bernama Ahmad dan memiliki wajah seakan-akan pelakon Korea, Yoo Yun Suk ini telah memeluk Islam bersama isterinya, Maryam sejak mereka berkahwin sekitar tahun 2011. Mereka telah dikurniakan dua orang anak bersama. Lebih menarik lagi, keluarga ini telah berhijrah ke Malaysia bermula Ramadhan baru-baru ini untuk memastikan anak-anak mereka menerima pendidikan Islam yang mencukupi. Ahmad ialah pemain professional badminton dan pernah beberapa kali bertanding di dalam pertandingan badminton antarabangsa dalam kategori campuran. Keluarga ini juga sedang menyambut perayaan Aidilfitri di sekitar Shah Alam, Selangor.

View this post on Instagram

Masha Allah, they love each other.

A post shared by Korean Muslim & Ahmad, Maryam (@ahmad_maryam_kr) on

3. karllead_n_leeseul

Pemilik instagram yang bernama Lee Seul ini memilih orang Malaysia bernama Mohd Khalid yang berasal dari Kelantan, Malaysia sebagai suaminya. Pada suatu masa dahulu, Khalid pernah muncul di dalam satu rancangan realiti tv Korea Selatan, Abnormal Submit dan menunjukkan kefasihannya berbahasa Korea sambil memperkenalkan Malaysia dalam kalangan rakan-rakannya di Korea. Lee Seul berkata dia mengenali suaminya sewaktu mereka bertemu di dalam satu perjumpaan tak disengajakan dan mereka memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2017. Berasal daripada keluarga yang menganut ajaran Kristian Katolik,  Lee Seul akui lebih mudah untuk menyelami ajaran Islam walaupun terdapat perbezaan antaranya setelah dibantu oleh suami tersayang.

View this post on Instagram

#kalnseulhariraya Eid Mubarak to all #muslim all around the world. . Selamat hari raya kepada semua sahabat, rakan, dan semua muslimin & muslimat . Semoga Allah menerima amalan kita sepanjang Ramadhan yang lepas. dan diberikan lagi peluang untuk bertemu ramadan tahun hadapan. . Salam Maaf andai salah dan silap samada disengajakan, tidak sengaja, sengaja salah, tersalah sengaja dan seangkatannya. . Muhamad khalid dan Lee Seul May Allah accept our fasting and good deeds during last #ramadan. . Also on this full blessed n barakah day I would like to seek for the forgiveness for all of my mistakes either on purpose or not. #이드 무바락!! #라마단 #끝 #이제 #마음것먹을수있당 #teamraya #korea #eidilfitri #eidmubarak #외국생활 #외국인 #말레이시아 #한국 #malaysian #💕 #korea #국제커플 #malaysian #💕 #korean #MuslimFriendlykorea #internationalmarriage #koreanmuslim #internationalcouple #kelatekito

A post shared by Khalid & Lee Seul | 칼리드 그리고 이슬 (@karllead_n_leeseul) on

Kini, Lee Seul sedang menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga Khalid di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Ikuti temuduga bersama pasangan kekasih ini bersama Mizz Nina.

 

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.