/Sengaja naikkan video gedik bersama G Dragon, Jooyeon dikecam kerana lapar perhatian

Sengaja naikkan video gedik bersama G Dragon, Jooyeon dikecam kerana lapar perhatian

Jooyeon, bekas ahli kumpulan After School dikecam oleh netizen kerana sengaja memuatnaik video pendeknya bersama Kwon Ji Yong, atau dikenali sebagai GDragon di laman sosial instagramnya di tengah-tengah spekulasi bahawa mereka belum mengesahkan hubungan percintaan sebelum ini.

Sebaik saja video itu dimuatnaik semalam, Jooyeon segera memadamkannya setelah mendapat kecaman bertalu-talu daripada netizen. Bagi mereka, Jooyeon berbuat demikian kerana lapar perhatian dan sengaja menaikkan video lama untuk membolehkan netizen bercakap-cakap tentang dirinya lagi-lagi lelaki yang digosipkan itu ialah seseorang yang bernama G Dragon.

Jooyeon pernah memuatnaik videonya bersama GDragon pada November tahun 2017 dahulu seolah-olah sedang dilamun cinta, namun agensinya menafikan spekulasi itu dan hanya memaklumkan mereka hanya sekadar kawan rapat. Kemudian, portal Dispatch pula melaporkan mereka sebenarnya sudah jatuh cinta sejak sekian lama dan setakat ini mereka belum menafikan apa-apa tentang laporan tersebut. G Dragon kini masih menjalani latihan ketenteraan sejak menyertainya pada Mac 2018.

Sumber: IS Plus

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.