/[Analisis] Ryan Gold ‘Her Private Life’ buktikan lelaki boleh buat apa saja bagi memuaskan hati wanita dicintainya

[Analisis] Ryan Gold ‘Her Private Life’ buktikan lelaki boleh buat apa saja bagi memuaskan hati wanita dicintainya

Ryan Gold, karakter lakonan Kim Jae Wook di dalam drama tvN Her Private Life seolah-olah meninggalkan satu pandangan umum tentang aspek seseorang yang tetap mencintai dan membahagiakan kekasihnya walaupun mengetahui kekasihnya dalam pada sama, begitu obses meminati lelaki lain secara terbuka. Dalam erti kata lain, Ryan Gold sedar bahawa Sung Dok Mi (lakonan Park Min Young) boleh menduakan dirinya dengan hati dan perasaan yang berbeza.

Situasi ini tampak relevan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang mana ramai di antara kalangan isteri misalnya, menyukai seseorang yang berlainan jantina dengannya kerana dirinya ialah peminat setia. Boleh bayangkan bagaimana perasaan seseorang suami tatkala melihat isterinya memuji ketampanan lelaki lain di hadapannya? Tidakkah dia boleh cemburu buta? Sekiranya tidak cemburu pun, mungkin kadang-kala berkecil hati.

Seperti ditonjolkan di dalam drama Her Private Life, Ryan Gold memang berkenan sangat terhadap Sung Duk Mi (lakonan Park Min Young) walaupun menyedari Sung Duk Mi obses terhadap seseorang yang dianggap sebagai idola. Maka, apa saja gosip buruk mengenai idola kesayangan Sung Duk Mi itu, pasti Sung Duk Mi akan mempertahankanya. Menerima hakikat bahawa dia tak mampu memisahkan Sung Duk Mi daripada idolanya, Ryan Gold tak berputus asa di tengah jalan. Dia tetap membahagiakan orang yang dicintainya itu dengan menyelami minat Sung Duk Mi secara dekat. Ryan Gold dilihat perlahan-lahan menambat hati Sung Dok Mi dengan melayani dan menyanyikan lagu-lagu nyanyian idolanya bersama-sama. Malah, Ryan Gold juga dilihat mengejutkan Sung Dok Mi dengan sesuatu yang berkaitan dengan idolanya. Tak cukup dengan itu, Ryan Gold sendiri turun padang berperang merebut tiket konsert semasa-mata untuk mendekati Sung Dok Mi dengan lebih rapat. Tidakkah tindakan Ryan Gold ini begitu ‘cool’ ? Dia bukan saja merasakan dirinya tak diduakan tapi dia sebenarnya telah memahami dan mempercayai sungguh-sungguh bahawa perasaan Sung Dok Mi ke atas idolanya hanyalah sekadar peminat setia, dan bukannya atas dasar keinginan seksual. Oleh sebab itu, Ryan Gold tetap bersungguh-sungguh untuk menambat hati wanita itu selepas jatuh hati kepadanya.

Dalam tidak anda sedari, suami anda mungkin berpewatakan seperti Ryan Gold. Dia tahu anda memuji ketampanan seseorang lelaki dihadapannya sewaktu anda menonton televisyen bersama-sama dengannya. Dia sedar anda meminati orang itu secara terbuka tanpa mempersoalkannya, kerana jelas baginya ia hanya sekadar minat semata-mata dan bukannya kerana dasar keinginan seksual terhadapnya. Malah, ada antaranya menyokong minat isterinya dan menemani isterinya sendiri ke stadium konsert walaupun terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu-lintas di tengah-tengah bandar. Perbuatan sebegini mungkin suatu pengorbanan suami anda yang mungkin anda tak sedari selama ini. Seperti juga anda mempercayainya bahawa dia takkan mencurangi anda, dia juga mempercayai anda dengan sepenuh hati tanpa berbelah bagi.

Drama tvN Her Private Life baru saja melabuhkan tirainya di rangkaian tv Korea semalam. Episod terakhir drama ini boleh ditonton di cenel tvN Asia (Astro 395 & Unifi 211) pada malam ini.

Komentar

comments

loading...