/Ju Ji Hoon & Song Hye Kyo akan disatukan buat pertama kali di dalam KBS Hyena bersama pengarah Jang Tae Yoo

Ju Ji Hoon & Song Hye Kyo akan disatukan buat pertama kali di dalam KBS Hyena bersama pengarah Jang Tae Yoo

Pihak produksi KBS sedang dalam proses untuk mendapatkan kedua-dua pelakon, Ju Ji Hoon dan Song Hye Kyo membintangi drama bersiri mereka yang berjudul ‘Hyena’.

Menurut jurucakap rasmi KBS walaupun belum disahkan agensi kedua-duanya, Song Hye Kyo dan Ju Ji Hoon dikatakan akan melakonkan watak protagonis utama untuk KBS Hyena yang dirancangkan tayangannya pada November ini.

Song Hye Kyo memenang watak seorang peguam bernama Jung Geum-Ja yang akan melangkaui segala batasan semata-mata untuk memenangi kes yang diwakilinya dan seterusnya memperoleh upah yang banyak daripada kliennya manakala Ju Ji Joon pula melakonkan watak Yoon Hee Jae, seorang peguam elit yang hebat dan berkeyakinan tinggi. Kedua-duanya saling bertempur untuk mendapatkan kes-kes mahkamah di bawah jagaan 1% di dalam masyarakat, merujuk kepada mereka dari kalangan chaebol dan ahli politik. ‘Hyena’ akan mengeksplorasi guaman sebagai satu permainan ‘survival’ untuk merembut tempat di dalam kuota satu peratus tersebut.

Kim Roo Ri ditabalkan sebagai penulis skrip manakala sutradara yang bertanggungjawab ke atasnya ialah Jang Tae Yoo, pengarah yang pernah tercalon Best Director CARI Kdrama Awards dan terkenal dengan arahan hebat seperti SBS You Who Came From The Stars, SBS War of The Money dan SBS Painter in the Wind setelah lima tahun tidak beraksi. Dengan kembalinya beliau sebagai pengarah, Jang Tae Yoo akan meninggalkan produksi SBS tempatnya meraih rezeki selama ini. KBS Hyena akan disiarkan pada bulan November hujung tahun ini.

Sumber: IS Plus , tv report

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.