/[Gempar] Do Kyung Soo memilih untuk sertai latihan ketenteraan setahun lebih awal pada Julai ini

[Gempar] Do Kyung Soo memilih untuk sertai latihan ketenteraan setahun lebih awal pada Julai ini

Teka-teki selama  enam bulan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti sehingga mengundang tanda tanya peminatnya, akhirnya terjawab juga hari ini.

Do Kyung Soo, atau dikenali sebagai D.O.sebenarnya dalam diam-diam telah merancang untuk memasuki latihan ketenteraan lebih awal daripada kebiasaan. Perbincangan untuk memasuki latihan khidmat negara lebih awal itu dibuat bersama ahli-ahli kumpulannya, EXO dan agensinya, SM Entertainment dan dilakukan secara sukarela atas permintaannya. Beliau dilaporkan akan menyertainya pada 1 Julai 2019 ini.

Dengan kemasukan Do Kyung Soo ke dalam ketenteraan, beliau merupakan ahli EXO ke-2 selepas Xiumin yang baru saja menyertainya pada tiga minggu lepas. Jika mengikut perkiraan asal secara rambang, sepatutnya Suho terlebih dahulu akan mengikuti Xiumin disusuli dengan Chanyeol, Chen dan Baekhyun.

Selain bergelar penyanyi, Do Kyung Soo bukan saja dikenali di Korea saja, bahkan di Malaysia juga sebagai pelakon yang disegani apabila beliau dinobatkan sebagai pemenang Popular Actor 7th CARI Kdrama Awards menerusi undian netizen Malaysia dengan menumpaskan nama-nama hebat lain seperti Park Seo Joon, Jung Hae In, Lee Byung Hun dan Seo Kang Joon. Sebelum itu, beliau juga pernah memegang takhta Kmania Top Star untuk edisi bulan October 2018 menerusi undian peminatnya di Malaysia. Terdahulu Do Kyung Soo dilihat keluar bercuti ke Jepun bersama-sama dengan Kim Woo Bin, Jo In Sung dan Lee Kwang Soo setelah mereka muncul di lapangan terbang Gimpo.

Sumber : sportseoul

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.