/Ayuh, rasai sendiri pengalaman melihat Dinosaurs beraksi di Malaysia Ogos depan!

Ayuh, rasai sendiri pengalaman melihat Dinosaurs beraksi di Malaysia Ogos depan!

Kalau anda peminat Dinosaurs, ini peluang anda untuk menyaksikan pertunjukan ‘Walking With Dinosaurs – The Live Experience’ dengan mata anda sendiri. Anda boleh membawa keluarga, kawan dan sesiapa sahaja untuk menonton serta menikmati Dinosaur berkeliaran secara live.  Tiket-tiket telah mula dijual dan sehingga 3 Jun diskaun sebanyak 10% akan diberikan.

Walking With Dinosaurs – The Live Experience in Kuala Lumpur 2019

UnUsUal Entertainment dan penganjur bersama MacpiePro dengan bangganya mengumumkan penganjuran acara ‘Walking With Dinosaurs – The Live Experience’ di Malaysia pada Ogos tahun ini.

Kuala Lumpur, 13 Mei 2019 – Haiwan yang hidup pada zaman purba jutaan tahun dahulu, Dinosaur akan berkeliaran di bumi kerana siri televisyen popular BBC, ‘Walking With Dinosaurs – The Live Experience’ akan dipersembahkan secara langsung di Malaysia tidak lama lagi.

Ditonton lebih 9 juta orang daripada 250 bandar di seluruh dunia, pertunjukan ini bakal menarik perhatian semua lapisan umur yang pasti teruja menyaksikan 18 spesis dinosaur menakluki pentas Axiata Arena, Bukit Jalil.

‘Walking With Dinosaurs – The Live Experience’ akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut dari 23 hingga 25 Ogos 2019 dan tiket boleh didapati di laman web myticket.asia. ‘Walking With Dinosaurs’ memulakan jelajah dunia di United Kingdom pada Julai 2018 dan menjelajahi seluruh Eropah sebelum menuju ke Asia dan memilih Malaysia untuk lokasi jelajah yang seterusnya.

Produksi bernilai 20 juta dolar ini menampilkan teknologi terkini dan sekaligus menempatkannya sebagai pertunjukan dinosaur terbaik dan terbesar di dunia. ‘Walking With Dinosaurs – The Live Experience’ pada asalnya dihasilkan oleh Gerry Ryan, Malcolm Cooke dan Jill Bryant di Australia sebelum dibawa ke dunia realiti oleh Global Creatures.

Menariknya, produksi ini akan mempamerkan perubahan yang hebat terhadap dinosaur dari segi warna kulitnya dan juga terdapat beberapa spesis berbulu berdasarkan penyelidikan saintifik yang terkini. Pertunjukan selama satu jam 40 minit itu menggambarkan evolusi dinosaur yang seakan-akan hidup di alam realiti.Pengunjung berpeluang menyaksikan babak interaksi antara dinosaur, bagaimana dinosaur karnivor berjalan menggunakan dua kaki dan bagaimana herbivor menewaskan pemangsa yang lebih ganas.

Sembilan daripada 18 spesis dinosaur terbabit mewakili pemerintahan dinosaur sejak 200 juta tahun dahulu. Pertunjukan itu termasuk spesis Tyrannosaurus Rex, Plateosaurus, Liliensternus dari zaman Triassic, Stegosaurus dan Allosaurus dari zaman Jurassic dan Torosaurus dan Utahraptor dari zaman Kretaseus. Dinosaur yang terbesar adalah Brachiosaurus yang berketinggian 11 meter dan 17 meter dari hidung hingga ekor. Pembuatan dinosaur bersaiz sebenar ini mengambil masa setahun dan memerlukan tenaga kerja seramai 50 orang termasuk jurutera, pembuat fabrikasi, pembuat kulit, artis, pelukis dan pakar animatronik.

Sejarah dunia ini akan dimainkan dengan babak pemisahan benua bumi dan peralihan dari padang pasir yang gersang pada zaman Triassic ke padang  rumput yang menghijau pada zaman Jurassic. Selain itu, pembentukan lautan,  letusan gunung berapi dan kebakaran hutan memberi kesan buruk yang menjadi punca kepupusan dinosaur.

‘Walking With Dinosaurs – The Live Experience in Kuala Lumpur 2019’ akan dianjurkan di Malaysia selama tiga hari berturut-turut pada 23 hingga 25 Ogos 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Tarikh Waktu Tayangan
 23 Ogos 2019 7.30pm (ENG)
24 Ogos 2019 11am (ENG), 3.30pm (CHI), 7.30pm (ENG)
25 Ogos 2019 11am (ENG), 3.30pm (CHI)

 

Kategori Tiket/Harga:

Zon A: RM398
Zon B: RM298
Zon C: RM248
Zon D: RM198
Zon E: RM148

Jadual Pembelian Tiket Walking With Dinosaurs –

The Live Experience in Kuala Lumpur 2019 :

 Tarikh  Masa  Medium Pembelian Tiket
 Jualan Tiket Online  20 Mei 2019   10 am  myticket.asia

Pembeli terawal akan menikmati diskaun 10% untuk pembelian tiket yang dibuat antara 20 Mei hingga 3 Jun 2019. Cepat  dapatkan tiket anda sekarang! Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial atau laman web rasmi UnUsUal Entertainment dan MacpiePro.

Media Sosial UnUsUal Entertainment
Facebook : www.facebook.com/UnusualEntertainment/

Media Sosial MacpiePro
Facebook : www.facebook.com/MacpiePro
Instagram : www.instagram.com/macpiepro

 

Komentar

comments

loading...