/ITZY & TXT antara artis popular dicari di Spotify Malaysia!

ITZY & TXT antara artis popular dicari di Spotify Malaysia!

Aplikasi Spotify telah melancarkan ‘Malaysia Discovers‘ berdasarkan trend musik pilihan dari pelbagai variasi peminat di seluruh negara. Senarai pilihan lagu atau ‘playlist’ ini secara langsung akan mendedahkan artis paling popular di carian Spotify Malaysia termasuk bintang K-Pop ITZY, TOMORROW X TOGETHER, Hwa Sa, dan ramai lagi!

Spotify dikuasai oleh purata 11 billion artis yang boleh ditemui setiap bulan. Para pendengar mereka kini lebih terbuka untuk mendengar muzik-muzik yang baru dan menerusi Spotify, peminat boleh cuba dengar pelbagai genre, bahasa, dari seluruh negara. Anda hanya perlu masukkan kata kunci seperti nama artis, judul lagu dan genre muzik untuk melihat pilihan carian yang bersesuaian dengan halwa telinga anda. Menerusi kajian yang dijalankan kepada para pengguna Spotify dikalangan umur 18 – 24 tahun, kami menyedari bahawa mereka menggemari muzik yang unik dan kadangkala tidak terjangka minat mereka terhadap sesebuah muzik itu.

Berdasarkan trend terkini, K-Pop menguasai pilihan para pendengar di Spotify Malaysia . Pendatang baru ITZY dan TOMORROW x TOGETHER adalah bintang K-Pop yang mengusai pencarian dikalangan pendengar. Kedua kumpulan ini juga turut mendominasi carian pendengar di beberapa negara seperti Singapore, Filipina, Indonesia, Taiwan, Hong Kong, dan juga Thailand.

Selain muzik bertemakan K-Pop, golongan pendengar muda Spotify juga turut menggemari penyanyi antarabangsa lain seperti  Chvrches, sebuah kumpulan pop dari Scotland dan dilihat muziknya banyak dipengaruhi oleh muzik pop lewat 80an dan  K-391,pemuzik dari Norway. Tidak tertumpu pada muzik antarabangsa, mereka juga turut mendengar muzik dari pemuzik tempatan yang tidak kurang hebatnya. Antaranya Hafiz Suip yang mula menempa nama sekitar tahun 2009 setelah menjuari satu program realiti nyanyian,  Andi Bernadee dan Insomniacks. Tiga pemuzik tempatan ini, kini melopori carta Malaysia’s Top 50 playlist di Spotify.

“Any time, any place, any mood – Spotify menawarkan pelbagai kemudahan kepada dunia muzik. Sebagai perkhidmatan langganan streaming muzik yang paling popular di dunia dengan lebih daripada 50 juta lagu, kedua-dua pendengar tanpa langganan dan pendengar premium (dengan langganan) kini mudah untuk mencari muzik yang amat mereka gemari dan penuh bermakna. Senarai main tersuai dan tersusun seperti Discover Weekly dan Top Hits Malaysia membantu peminat mencari muzik yang mereka suka disamping dapat jadi inspirasi untuk mencari lagu serta muzik kegemaran yang baru, ” kata Jan-Paul Jeffrey, Ketua Pemasaran, SEA, Spotify.

Berikut adalah 10 artis paling popular di Malaysia yang telah mengisi carian serta penemuan (dimainkan buat pertama kalinya) oleh golongan belia berumur 18 hingga 24 tahun dalam 60 hari terakhir:Ini dia Top 10 artis di Malaysia yang paling banyak dicari penemuan yang paling

  1. ITZY
  2. TOMORROW x TOGETHER (TXT)
  3. Chvrches
  4. Wahyu Selow
  5. Hwa Sa
  6. Hafiz Suip
  7. Andi Bernadee
  8. Normani
  9. K-391
  10. Insomniacks

Untuk mengetahui lebih banyak artis yang seringkali menjadi pilihan oleh pendengar golongan Gen Z, anda boleh stream  Malaysia Discovers playlist.

Komentar

comments

loading...