/GIBOTR in Malaysia musim ke2 kongsi tips bergaya di Hari Raya

GIBOTR in Malaysia musim ke2 kongsi tips bergaya di Hari Raya

Rancangan popular Korea untuk siaran tvN Asia – Get It Beauty On The Road Edisi Malaysia  kini kembali untuk musim yang kedua dan Kali ini mereka akan kongsikan tips kecantikan sempena perayaan Aidilfitri yang bakal menjelma. Musim ke2 ini akan dihoskan oleh pelakon serta personaliti TV popular Korea Kim Jung-min bersama jurusolek Korea terkemuka Kim Ki-soo dan penyampai TV Malaysia, Nadiyah Shahab. Trio pengacara ini akan cuba menyuntik elemen K-Beauty yang kini trending ke dalam tradisi Malaysia untuk menjadikannya sentuhan moden.

Ketiga-tiga merekan akan kongsikan cara-cara serta ‘guidelines’ kepada wanita tempatan untuk kelihatan menarik dan hebat semasa perayaan Hari Raya. Perayaan utama bagi umat Islam di Asia adalah Hari Raya dan bagi Jung Min serta Ki soo, ini adalah sesuatu yang baru buat mereka. Dipermulaan rancangan Get It Beauty On The Road in Malaysia, Nadiyah telah menunjukkan Jung Min bagaimana wanita tempatan berpakaian untuk Hari Raya dengan membawanya ke butik pakan tradisional Melayu.

Nadiyah bawa Jung Min shopping baju raya

Untuk melengkapkan gaya di Aidilfitri, sudah pasti harus sepadan dengan solekan dan dandanan rambut yang bersesuaian. Dengan cuaca tropika yang panas serta lembap, ini sememangnya menjadi isu besar kepada kebanyakkan wanita di Malaysia. Namun, dengan kepakaran serta pengetahuan luas tentang K-beauty yang dimiliki Jung-min dan Ki-soo, mereka bersedia untuk membantu. Mereka akan menggabungkan trend semasa K-beauty dan rahsia kecantikan mereka untuk menyelesaikan permasalahan kecantikan sempena Syawal ini.

Show hosts Kim Jung-min, Nadiyah Shahab and K-beauty creator Kim Ki-soo gave complete transformation to Better Girl

Jadi jangan ketinggalan untuk menonton rancangan Get It Beauty On The Road Edisi Malaysia Musim kedua kerana mereka akan kongsikan tips-tips seperti:

Kim Jung-min taught the Better Girl how to apply moisturiser and sunscreen in the right way
  1. Mendapatkan kulit yang bersinar dan cerah
  2. 4 langkah untuk memastikan solekan anda tahan lama
  3. Selamat tinggal kepada rambut gugur dan rambut rapuh

Episode perdana Get It Beauty On The Road in Malaysia akan bersiaran mulai 27 May 2019 (Isnin) jam 11. 00 Malam menerusi rangkaian  Astro  RIA (Ch.104) and Astro RIA HD (Ch.123). Rancangan ini juga akan bersiaran di tvN Asia (Ch 395) dan Unifi TV (Ch 211) pada  31 May 2019 (Jumaat) jam 8.00 malam.

Rancangan ini akan menggunapakai  tiga bahasa iaitu Korea, English dan Bahasa Malaysia, serta disertakan sarikata dalam  English,  Chinese, Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan Thai.

Komentar

comments

loading...