/Dapur Kang Ho Dong kembali berasap di kaca tv

Dapur Kang Ho Dong kembali berasap di kaca tv

Stesen TVN telah pun mengeluarkan “teaser”  Kang’s Kitchen yang berdurasi 7 minit di Youtube. Kang’s Kitchen adalah versi “spin off” ahli-ahli “New Journey To the West “. Di dalam teaser ini, ahli – ahli yang sama dari musim terbaru iaitu Kang Hodong, Lee Soogeun, Jiwon ( Sech Kies) , Ahn Jae Hyun , Minho (Winner) dan ahli terbaru P.O (Block B) bertungkus lumus membuka restoran. Kyuhyun (Super Junior) yang baru sahaja menamatkan perkhidmatan awam (latihan ketenteraan) turut membuat kemunculan khas!

 

Kang’s Kitchen musim pertama telah pun bersiaran sebelum ini di mana mereka membuka restoran di Pulau Jeju. Kali ini mereka berada di Gyeongju pula. Di dalam “teaser” mereka bakal menjual “ddeokboki , mi dan “patbingsu”. Senior idola dari Sech Kies, Eun Jiwon pula nampak begitu sibuk di dapur sebagai penyedia utama pemanis mulut “patbingsu” atau di Malaysia, lebih kurang sama bentuknya dengan ABC.

Soogeun juga menerangkan pada pelanggan yang datang di dalam “teaser” ini mereka telah bersetuju untuk tidak bertengkar selama  mereka berada di Kang’s Kitchen. Namun ianya nampak sekadar manis di bibir kata apabila kemudian  ditunjukkan dia bertengkar dengan Jiwon.

Ini juga merupakan kali pertama Kyuhyun bertemu dengan pengganti sewaktu dia berada di servis perkhidmatan awam untuk New Journey to the west iaitu P.O (Block B). Adakah mereka akan kelihatan janggal bersama memandangkan Kyuhyun telah pun kembali?. Kyuhyun telah mengambil langkah bijak apabila membuat permintaan bertulis kepada penerbit Na untuk mengambilnya semula selepas dia tamat perkhidmatan awam apabila mereka memenangi misi di musim ke 4 “New Journey to the West”.

Kang’s Kitchen akan bersiaran di TVN bermula 31 May pada 9:10 malam KST.  Ianya juga dijaduakan bersiaran seminggu lewat di TVN Asia (Astro 395 & Unifi TV 211) bermula pada 8 Jun ini.

Komentar

comments

loading...