/Goo Hara, diselamatkan dari cubaan bunuh diri!

Goo Hara, diselamatkan dari cubaan bunuh diri!

Goo Hara, bekas ahli kumpulan KARA, berjaya diselamatkan ketika dalam percubaan untuk membunuh diri awal tadi.

Menurut laporan yang dibuat oleh pengurus penyanyi berkenaan di balai polis Gangnam mendedahkan bahawa beberapa orang polis telah diarahkan ke rumah Goo Hara di Cheongdam-dong, Seoul hari ini sekitar jam 12:40 pagi KST.

Ketika proses menyelamat mangsa dilaksanakan, didapati asap keluar dari  dari rumah tersebut dan pihak polis telah mengesahkan bahawa Goo Ha Ra memang telah cuba untuk menamatkan riwayat hidupnya.

Pada malam sebelumnya, Goo Hara telah memuat naik kapsyen perkataan “Goodbye” di Instagramnya, lantas membuatkan pengurusnya beri perhatian lebih tentang keselamatan beliau. Menurut portal YTN, Goo Hara tidak menghubungi pengurusnya dan akibat tidak sedap hati, pengurus tersebut bergegas ke rumahnya. Ketika tiba, Goo Hara didapati tidak sedarkan diri dan bilik itu penuh dengan asap sebelum laporan polis dibuat. Goo Hara kemudian dikejarkan ke hospital.

Menurut portal Yonhap News, Goo Hara masih lagi tidak sedarakan diri sehingga jam 11.30 pagi KST tetapi beliau berada dalam keadaan yang stabil.

Goo Hara  baru-baru ini telah terlibat dengan pelbagai kontroversi berat yang mungkin menyebabkan penyanyi itu berada dalam keadaan yang tertekan. Antaranya isu pergaduhan dengan bekas teman lelakinya serta menyebabkan keganasan dan kecederaan. Tambahan pula dengan pelbagai komen yang diterima beliau sedikit sebanyak menambahkan tekanan padanya.

Sumber : YTN | Yonhap Newsmk.co

TAGS:

Komentar

comments

loading...