/Bong Joon Ho cipta sejarah pengarah Korea pertama memenangi anugerah tertinggi Cannes, Palme D’or

Bong Joon Ho cipta sejarah pengarah Korea pertama memenangi anugerah tertinggi Cannes, Palme D’or

Alejandro G Inarritu mengumumkan pemenang Palme D’or iaitu Bong Joon Ho.

Festival Filem Antarabangsa Cannes telah melabuhkan tirainya sebentar tadi dengan Bong Joon Ho diumumkan sebagai pengarah Korea pertama memenangi anugerah paling berprestij di festival itu iaitu Palme D’Or dengan naskah terbarunya yang diberi judul sebagai ‘Parasite’. Anugerah itu disampaikan oleh ketua juri Alejandro G. Iñarritu, pemenang dua kali Best Director Oscar.

Ini merupakan percubaan kedua beliau di festival tersebut selepas Okja pada tahun 2017. Kemenangan ini menjadikan beliau pengarah Korea kedua memenangi anugerah tertinggi di ketiga-tiga festival filem antarabangsa, Berlin, Cannes dan Venice selepas Kim Ki Duk dengan naskahnya, Pieta menerusi Festival Filem Antarabangsa Venice pada tahun 2011. Dengan kemenangan ini juga, ia memberikan peluang lebih besar buat Bong Joon Ho untuk memudahkan filemnya tercalon di dalam top 5 kategori Best Foreign Language Oscar ke-92 nanti, sekaligus bakal mencipta sejarah sebagai pengarah Korea pertama tercalon di dalam anugerah berkenaan. Untuk makluman, Hirokazu pernah berbuat demikian dengan filemnya, Shoplifters pada tahun lepas.

‘Parasite’ yang bergenre satira ‘thriller’ ini berkisarkan tentang sekeluarga berempat tinggal bersama di sebuah rumah flat sempit dan cuba ‘mencuri’ rangkaian WIFI daripada jiran mereka sehingga membawa mereka merentas ke satu banglo mewah berdekatan di mana mereka mula berpakat untuk menyusup ke dalam banglo itu dengan menjadi sebagai pekerja.’Parasite’ akan mula ditayangkan di Korea bermula 30 Mei 2019 ini.

Bong Joon Ho, Park Chan Wook, Kim Ki Duk, dan Lee Chang Dong seringkali disebut-sebut antara pengarah Korea yang bakal mengubah landskap industri perfileman Korea dengan penghasilan filem yang menepati citarasa para pengkritik antarabangsa dan kreativiti di atas pengarah masing-masing. Bong Joon Ho pernah menghasilkan filem-filem hebat seperti Memories of Murder, Host dan Snowpiercer sebelum ini, membuatkan namanya terkenal di persada Hollywood.

Sumber: Guardian , reuters

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.