/Band Jannabi yang tengah popular dengan lagu ‘For Lovers Who Hesitate’, kehilangan ahlinya hari ini gara-gara kes buli

Band Jannabi yang tengah popular dengan lagu ‘For Lovers Who Hesitate’, kehilangan ahlinya hari ini gara-gara kes buli

Dari kiri : Yoo Young Hyun dan ahli-ahli band ‘Jannabi’.

Sudah jatuh ditimpa tangga, Jannabi, band kumpulan ‘indie’ korea yang baru nak menghela nafas baru dengan singlenya, ‘For Lovers Who Hesitate’ telah kehilangan salah seorang ahlinya hari ini apabila Yoo Young Hyun mengambil keputusan untuk keluar selepas beliau didakwa dengan kes buli di masa silam.

Tak lama dulu, seorang netizen telah menaikkan satu poster menuduh Yoo Young Hyun ialah seorang kaki buli sewaktu beliau di sekolah dahulu. Poster tersebut telah menarik sekumpulan netizen yang pernah menjadi mangsa bulinya. Lebih mengejutkan mereka, sedang mereka melayani lagu-lagu keluaran band tersebut, mereka tak menyedari bahawa Yoo Young Hyun ialah salah seorang ahli band tersebut sehinggalah semalam. Menurut mereka, Yoo Young Hyun dikatakan tak tahan melihat mereka tergagap-gagap sehingga membuatkan dia berasa jengkel lalu membuli mereka. Yoo Young Hyun didapati telah membuli mereka dengan cara menyalakan api di depan mereka, menutup muka mereka dengan beg plastik dan merosakkan peti loker milik mereka.

Peponi Music, wakil agensi ‘Jannabi’ telah mengesahkan keluarnya Yoo Young Hyun daripada band tersebut hari ini.

“Kami sudah mengesahkannya dengan pihak tertuduh dan Yoo Young Hyun telah mengaku bersalah. Dia betul-betul berasa kesal dan perlu mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan kesilapannya di masa lalu. Yoo Young Hyun akan tinggalkan Jannabi untuk bermuhasabah diri ,” kata agensi itu.

Ketua band ‘Jannabi’, Choi Jung Hoon.

Sementara itu, Choi Jung Hoon, ketua band tersebut meluahkan rasa sedihnya di laman sosial instagram miliknya apabila beliau juga turut dituduh telah menyebabkan kerugian teruk pada seseorang berhubung kes ayahnya. Choi Jung Hoon mahu memperbetulkan tanggapan tersebut dengan mengatakan dia tak pernah sesen pun meraih bantuan kewangan daripada ayahnya dan hanya menubuhkan kumpulan ‘Jannabi’ dengan sokongan ibu dan adiknya sendiri. Choi Jung Hoon juga mengakui ibunya telah menyediakan ruang bekerja dan van domestik untuk kegunaan band-nya.

Jannabi, sudah lama menapak dalam industri kpop sejak tahun 2012 lagi. Baru-baru ini, lagu mereka ‘For Lovers Who Hesitate’ yang dilancarkan pada Mac lalu telah menjadi sleeper hit sebelum mendaki carta muzik Korea perlahan-lahan dan hampir memintas dominasi lagu ‘Boy With Luv’ oleh BTS di dalam carta-carta muzik harian korea. Setakat ini, ‘For Lovers Who Hesitate’ telah berjaya menumpaskan ‘Boy With Luv’ dengan berada di posisi pertama di dalam Gaon Music Charts, dan hanya di belakang ‘Boy With Luv’ di dalam carta Kpop Hot 100 untuk minggu ini.

Sumber: enews24 , news1

TAGS:

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.