/Tak cukup jadi bapa ayam, Seungri dilaporkan telah bersedap-sedapan dengan pelacur dulu sebelum diserahkan kepada klien

Tak cukup jadi bapa ayam, Seungri dilaporkan telah bersedap-sedapan dengan pelacur dulu sebelum diserahkan kepada klien

Setelah mahkamah menolak permohonan waran tangkapan oleh polis tempoh hari, namun pendedahan demi pendedahan tak terhenti di situ saja.

Hari ini, akhbar Chosun Ilbo pula melaporkan Yoo In Suk (suami Park Han Byul), yakni rakan niaga Seungri merangkap CEO Yuri Holdings telah mengaku pernah menyediakan khidmat pelacuran sendiri kepada Seungri di rumah apartment milik penyanyi itu di Mapo, Seoul sekitar tahun 2015.

Akhbar itu memetik sumber terdekat daripada pihak polis, “Sewaktu Seungri tinggal di apartment di Mapo, Seoul pada tahun 2015, Seungri telah dipercayai melakukan seks dengan pelacur-pelacur yang disediakan khas oleh Yoo In Suk. Malah ada seorang pelacur pernah mengunjunginya dahulu memberitahu bahawasanya dia tak pernah tahu pun siapa yang menghubunginya dan terkejut mendapati Seungri berada di situ.”

Pelacur-pelacur tersebut merujuk kepada dua orang yang dibawa menemui seorang pelabur Jepun dan rakan-rakannya kemudian. Yoo In Suk mengaku bahawa Seungri dan dirinya pernah ‘menguji’ kemampuan mereka terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada klien. Dalam pada itu, dua orang pelacur itu juga mengaku bahawa seorang ibu ayam telah diutuskan untuk memberikan mereka alamat tinggal klien, sebelum terkejut mendapati Seungri dan Yoo In Suk ialah klien tersebut.

Bagi merealisasikan perniagaan dengan para pelabur, Seungri dilaporkan telah melanggan hotel 5 bintang dan dikatakan telah menyediakan khidmat seks lebih 10 orang (termasuk dua orang di atas) untuk menghiburkan pelabur Jepun tersebut. Kesemuanya yang berjumlah USD 25,000 itu dibayar menggunakan kad kredit milik syarikat YG Entertainment. Walaubagaimanapun, Seungri belum lagi membuat sebarang pengakuan dan tetap menafikan kesemua dakwaan dibuat ke atas dirinya.

Polis masih menjalankan siasatan terhadap hubungkait antara Yoo In Suk dan Seungri dengan aktiviti pelacuran secara haram sebelum mereka dibawa untuk dibicarakan di mahkamah nanti.

Sumber: newsis , hankyung , mt news

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.