/Ma Dong Seok mahu meminang Ye Jung Hwa selewat-lewatnya tahun hadapan!

Ma Dong Seok mahu meminang Ye Jung Hwa selewat-lewatnya tahun hadapan!

Ma Dong Seok, pelakon Korea yang agak terkenal di Hollywood, mendedahkan perancangan masa depannya di dalam satu sidang media bersama wartawan sewaktu pelancaran filem ‘The Gangster, The Cop, The Devil’ di Festival Filem Antarabangsa Cannes baru-baru ini.

Tanpa mahu berselindung tentang hubungan cintanya dengan pelakon Ye Jung Hwa, pelakon filem Train To Busan ini mahu meminang Ye Jung Hwa selewat-lewatnya pada tahun hadapan juga.

“Saya mahu berkahwin pada tahun ini juga tetapi terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan kerana jadual yang ketat sangat. Pengarah Kim Yong Hwa pun sudah menyuruh saya berkahwin cepat jika nak anak yang ramai. Semua ini saya dengar daripada beliau , ” kata Ma Dong Seok.

Ma Dong Seok dan Ye Jung Hwa dilaporkan menjalin hubungan cinta sejak tahun 2016 lagi. Mereka dipisahkan dengan beza umur sebanyak 17 tahun.

Sumber: chosun ilbo

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.