/Tayangan Showcase Secara Langsung Debut AB6IX di Kuala Lumpur, meriah serta dapat sambutan menggalakkan!

Tayangan Showcase Secara Langsung Debut AB6IX di Kuala Lumpur, meriah serta dapat sambutan menggalakkan!

22 May 2019 adalah tarikh yang sangat bermakna kepada AB6IX dan peminat mereka kerana, ini adalah dimana mereka secara rasmi telah ‘Debut’ bersama album pertama mereka B:COMPLETE. 

AB6IX yang membawa maksud ‘Absolute Six’ terdiri dari 5 orang ahli yang dimana juga terdiri dari ahli yang pernah menyertai program reality tv iaitu Produces 101 dan dua dari mereka pernah debut didalam kumpulan terkenal Wanna One yang telah dibubarkan akhir tahun lalu. Kumpulan yang ditubuhkan oleh Brand New Music ini dianggotai oleh Lim Young-min (Leader, vocalist), Jeon Woong (Lead Dancer), Kim Dong-hyun (Lead vocalist), Park Woo-Jin (Lead rapper) dan  Lee Dae-hwi (Vocalists, maknae). 

Serentak dengan itu peminat AB6IX Malaysia telah mengadakan satu ‘Private Event’ di GSC NU Sentral, Kuala Lumpur untuk bersama sama menyaksikan showcase di skrin besar secara langsung dari korea, melalui Vlive. Showcase yang ditayangkan menampilkan AB6IX telah memperkenalkan album pertama meraka ini dianjurkan oleh warnermusicmy dan AB6IX. Acara ini telah dihadiri oleh 150 orang peminat yang begitu teruja untuk menyaksikan kumpulan kesayangan mereka ini debut dengan jayanya.

Album B:Complete dilengkapkan dengan 7 buah lagu yang hampir keseluruhannya telah digubah oleh ahli kumpulan AB6IX sendiri. Antara lagu yang admin suka adalah Hollywood dan Shinning star. Lagu lain yang terdapat didalam album ini Absolute, Breathe, Friend Zone, Light Me Up dan Dance For Two. 

Di akhir showcase ini juga, AB6IX telah mengumumkan nama kelab peminat mereka iaitu ABNEW. Tahniah ABNEW~~ Tahniah juga kepada AB6IX diatas debut yang dinanti-nantikan ini. Jom saksikan klip video AB6IX yang terbaru berjudul “Breath”. Apapun, terima kasih kepada Warner Music Malaysia di atas kejayaan program ini dan terima kasih juga kerana sudi memberikan peluang kepada KMania.

TAGS:

Komentar

comments

loading...